Alhamdulilah sudah selamat bernikah (9.7.11)

Daisypath Anniversary tickers

Majlis Pertunangan (10.10.10)

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 23, 2015

Monday, June 22, 2015

Senang tak buka Taska?

Jawapan nya:

Bukan senang nak senang.


Persiapan utama :

1. Fizikal & Mental 
2. Kewangan
3. Lokasi
4. Premis
5. Prospek.

Insyallah, tiada yang mustahil kalau kita berusaha.
Insyallah.amin

Pengasas & Pemilik Taska Qreatif IDea



Pengasas & Pemilik Taska Qreatif Idea adalah aku sendiri atas bantuan dan sokongan suami.. hehehhe

Biodata Ringkas:

Nama : Suzana Fazlin bt Norazaman

Umur : 30 tahun

Qualification:
1. Diploma in Office Management (UITM)
2. Degree in Science Administration (UITM)

Experience:
Previous : (Vendor TNB) - Business Development Administration- Business & Tender Division
 ( 6 years)

Sekarang aku dah berhenti keje dan sepenuh masa sebagai Pengusaha & Guru Taska


bukanlah untuk membangga diri tapi sekadar coretan dan perkongsian semata-mata.

Asal penubuhan taska adalah datang dari idea aku sendiri yang aku kongsikan bersama
suami aku, Hencik S.

Since dari itu, aku pergi attend Kursus Pengurusan Taska & Tadika tahun lepas dan tahun ni aku berjaya habiskan Kursu Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak PERMATA (KAP).

aku mula buka Taska sndiri pada 1 Mei 2015 pada umur aku 30 tahun.
dan ade anak sendiri - baru sorang..ehehhehe

Semua adalah hasil pengorbanan suami aku untuk pastikan aku dapat membuka taska.
bukan lah satu perkara yang mudah untuk membuka taska
hanya pengusaha taska sahaja yang tahu susah payan & jerih perih nak buka 1 taska..
tapi tuh semua hanya dugaan untuk kita berjaya.

masa aku mula buka , student ade 6 orang..alhamdulilah..hasil dari sokongan ibubapa kepada anak2 taska dan jiran2.
alhamdulilah..pada bulan ke 2- anak - anak taska telah mencecah 16 orang. 
Terima kasih Ya Allah..
dan akan bertambah pada bulan seterusnya..

Lokasi Taska :
Taman Impian Sutera, Seksyen 30, Kota Kemuning
Shah Alam


sesungguhnya aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga pada suami aku
yang sangat meyokong keputusan aku untuk berhenti keje dan fokus pada Taska.
dan seterusnya segala sokongan baik dari tenaga, moral dan idea.
segala kerja-kerja wiring , cctv , cat dan lain - lain hal tak lain tak bukan mmg suami aku yang buat.
tanpa suami aku tak mungkin aku dapat membuka taska.

yang kami sub kepada contractor cume untuk tanam rumput dan renovation dapur.(minor)

'Terima Kasih Encik Shah atas segala usaha dan pengorbanan awak untuk saya'.
Saya doakan awak dimurahkan rezeki dan sentiasa dilindungi Allah,
Amin

Aktiviti harian kanak- kanak di Taska Qreatif Idea

Setiap hari aktiviti untuk kanak-kanak  di Taska Qreatif Idea adalah berlainan

contoh aktiviti pagi..

selasa - main kolam

Rabu- Breakfast kat luar


khamis - fizikal



untuk pembelajaran pun sama.


waktu rehat kami asingkan lelaki & perempuan


^_^

Taska Qreatif Idea

As Salam Semua!

Lama giler tak hapdet blog kan?fuh fuh..berhabuk..hehhe

Salam Ramadhan semua..
semoga ibadah kita diberkati..
amin amin

lama menyepi kan diri..

sebenarnya I ade 'baby' baru..

jeng jeng..

Baby baru= My own Nursery

Perkenalkan 'Taska Qreatif Idea'
lokasi : Taman Impian Sutera, Seksyen 30, Kota Kemuning, Shah Alam

Superlink - 3 Tingkat


Now dah almost 2 months operation since mula operasi secara rasmi 1 Mei 2015.




Sekarang nih anak -anak taska ade 16 orang  ( as per update 22 June 2015)

insyallah. akan bertambah pada 1 Julai 2015 dan seterusnya.amin amin

Teacher sekarang ade 3(including me)

and masih dalam penambahan teacher :)

will update lagi pasal taska ye!





Sunday, June 21, 2015

Jawatan Kosong - Guru Taska ( 2 Kekosongan) - Taska Qreatif Idea


Jawatan kosong : guru taska

Diperlukan 2 org guru dengan SEGERA

Gaji : RM900 (bole runding)

Call/whatsapp: 017-2432397 ( pn. suzana)