Alhamdulilah sudah selamat bernikah (9.7.11)

Daisypath Anniversary tickers

Majlis Pertunangan (10.10.10)

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 8, 2016

Yuran Taska Makin Mahal ....Jom Buka Taska Sendiri!!


As Salam!

Saya ingin membuka peluang kepada ibu-ibu atau sesiapa sahaja yang berminat untuk menjadi usahawan Taska.

Saya ingin memberi peluang kepada bakal usahawan Taska untuk memiliki Taska sendiri.

Taska Qreatif Idea Rimbayu dijual dengan harga RM60,000 (Boleh Runding)

Pakej ini telah termasuk

1. Premis (Rumah Corner Lot 2 Tingkat) & Cat

2. 4 Kamera Sistem CCTV

3. Kelengkapan Dapur

3. Dekorasi

4. Sistem Pengurusan

5. Tangga Keselamatan

6. Dokumentasi

7.  10 katil tidur kanak-kanak

8.  4 babycoat

9.  Sistem Access Card

10.  Buku Log Kanak - Kanak 20 unit

11.  Sesi latihan dan penerangan 

12. 5 bunting & 100 helai flyers

*Lokasi amat strategik

* Tiada Persaingan lagi(Taska pertama yang dibuka di situ)

* Kediaman bertaraf elit

* Kediaman berpengawal

*First-hand (Bukan Taska Second-Hand)

*Prospek Tinggi

*Peluang Perniagaan yang Cerah


Hubungi:
017-2432397 ( Puan Suzana)

Monday, September 5, 2016

Jawatan Penyelia Taska Di Shah Alam


JAWATAN KOSONG PENYELIA 

TASKA qreatif idea, shah alam




TANGGUNGJAWAB:
(a) Bertanggungjawab untuk menyedia, mengemaskini rekod taska
(b) Menyediakan jadual aktiviti harian berkaitan dengan perancangan aktiviti untuk kanak-kanak di pusat jagaan kanak-kanak dan menyediakan jadual seperti yang dikemukakan kepada Pengarah JKM untuk mendapatkan kelulusan.
(c) Menyediakan jadual menu harian mengikut diet yang dicadangkan sesuai dengan tahap umur dan perkembangan kanak-kanak
(d) mempamerkan tingkahlaku yang diteladani sama ada semasa bertutur, tingkahlaku, penampilan dan lain-lain semasa di pusat jagaan kanak-kanak di tempat kerja
e) Menyelia pengasuh dan penyediaan makanan
f) menyediakan laporan harian kepada pengurus taska 


KELAYAKAN :
a. mempunyai sijil  KURSUS ASUHAN PERMATA ( KAP )@ KURSUS ASUHAN AWAL KANAK-KANAK ( KAAK) dan mempunyai sekkurang-kurangnya 2 tahun pengalaman TASKA.
b. Warganegara Malaysia
c.  Minat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, bersikap penyayang, penyabar dan suka dengan bayi/anak-anak.
d.  Dapat membaca al-Quran dengan baik
e.  Umur 18 – 35 tahun.
f. keutamaan akan diberikan kepada mereka yang ada asas agama yang baik ( mendirikan solat dengan sempurna)  dan mempunyai sijil @ diploma pendidikan awal kanak-kanak / KAAK 
g.  boleh memandu kereta dan mempunyai lesen yang sah

GAJI PENYELIA : RM 1,200 selepas disahkan RM 1,350-1,500



WAKTU BEKERJA :
Pukul 7.00 pagi – 6.00 petang ( penginapan disediakan )

Hubungi : 017-2432397(Puan Suzana)

Friday, August 19, 2016

Orientation Day QREATIF IDEA CHILD CARE CENTRE RIMBAYU


QREATIF IDEA CHILD CARE CENTRE RIMBAYU

Orientation Day..

Date: 1st October 2016 (saturday)

Time: 10 am - 12 pm

Location: Perrenia, Rimbayu.

Call/whatsapp: 017 2432397


Tuesday, August 16, 2016

QREATIF IDEA CHILD CARE CENTRE RIMBAYU


QREATIF IDEA CHILD CARE CENTRE
PERRENIA, RIMBAYU


CALL/WHATSAPP 017-2432397
(TEACHER SUZANA)
OPEN FOR REGISTRATION!
INTAKE OCTOBER 2016

Tuesday, August 9, 2016

Anniversary ke 5


Happy Anniversary to me & Hencik S..

Alhamdulilah..

9.7.2011- 9.7.2016 dah genap 5 tahun kami berkahwin
syukur..


**pic latest masa raya.. ^_^


insyallah..tahun depan baru menambah sorang anak lagi.hehhe

syukur pada Allah.
telah lepas dugaan utk 5 tahun..

dan aku pun bole masak..hahah
bole la..
xde la pandai.
dlu lagi terukk..
masak ape sume kene complaint & tong sampah..hahhah

Terima kasih Allah..

Terima kasih Hencik S
kerana menerima saya seadanya.. 

dan paling penting 
terima kasih yang tidak terhingga kerana telah mejadi
*
*
*
*
*

suami dan ayah yang terbaik utk kami (Mummy dan Ayra)


Kasi can..mummy & Ayah ye..heheh


inilah yang dikatakan jodoh!

dlu penah jugak bercinta cintun bagai nak rak
siap filem Hindustan 
cinta Tiga Segi bagai..
(kalau igt2 rasa nk gelak ade .. nk nangis pon ade sebab kenangkan kejahilan diri sendiri masa tuh)

akhirnya
aku dipertemukan jodoh
totally opposite dengan aku
(yang mula2nya aku tak nak.....hahahahhahaa..sbb tak satu line ... ;p)
tapi dialah pelengkap hidup aku sekarang..
Imam aku..
tempat aku berdrama bagai..
hehehe

tapi aku sentiasa berigt
setiap manusia akan diduga
dengan pelbagai perkara.

hidup kene kuat & tabah.

kadang serba salah nk share kisah kita

mgkin ade org tgh bersedih sbb tgh di uji sekarang nih..

ape2 pon..hidup kene banyak sabar & tabah...


kisah Cikgu Tadika..

As salam semua!

*mcm ade reader je kan?hahah

well..saje nk update citer..

Pada yang tak tahu..
I dah almost 1 year plus resign dri Vendor TNB 
now I buat bisnes sendiri..

Taska Qreatif Idea 
&
Qreatif Idea Kids Academy (Preschool)

ape rasanya ye jadi Cikgu Taska & Tadika?

Hanya cikgu-cikgu Taska & Tadika je yang tahu rasanya mcm mane..

yang bole I ckapkan ialah.

1. u olz akan berubah jadi orang yang sabar.. kalau dlu jenis baran, insyallah bole jadi sesabar yang maksimum..

bukan mudah nk jadi cikgu u olz!!

Bersama Anak Murid Tersayang.. :)



pada hakikatnya,

orang akan skeptikal bila kau bgtau orang yang kau keje cikgu Taska & Tadika.
padahal cikgu2 inilah yang suap kan makan, basuh berak & ajar membaca anak-anak


aku sendiri pon kalu orang keje tnya - keje ape?
aku jawab je Cikgu Taska..

then, promoter semua pon lari..tak jadi nk promote barang..hahahahaha (lawak je)

kadang-kadang ape2 berlaku guru yang disalahkan.
(tak pe,,tak marah..hehhe)

cuma ade parent yang begitu egoistik utk mengaku anak dia bermasalah.
yes!bermasalah..
bile ape2 berlaku dok salahkan cikgu
tapi sebnarnya, dia tak tahu yang anak dia bermasalah 
tak bole bercakap dan sebagainya..

kita sebagai cikgu pon kadang2 tak tahu
sebab ??
kita bukan pakar kanak-kanak
kita hanya bole bantu setakat yang mampu
dan
hint parent secara berhemah
berkenaan anak-anak dia

yang bole terima..
alhamdulillah..

yang tak bole terima..xpe la
kita doakan yang terbaik utk parent & anak dia.. :)


apepon.. aku ikhlas & amat jatuh cinta dengan dunia Awal Kanak - kanak..

bile kne kondem for sure akan sentap dlu sebelum terima itu sebagai benda yang positif..hehhe
(lumrah manusia)

pelan - pelan aku bangun utuk perbaiki semampu bole..
pape pon, tanpa suami aku..Hencik S
aku tak kan mampu berdiri begini..

dari hari pertama aku resign nak buka Taska & Tadika
dialah supporter terbesar aku
dialah back up besar aku..
hehhehe..

dan insyallah.
akan menyusul cawangan ke-dua
Taska Qreatif Idea 2 
amin amin amin

Friday, July 22, 2016

Saya Jual Produk Rozita Che Wan - Agen Kota Kemuning Shah Alam


Agent RCW Kota Kemuning, Shah Alam

Puan Suzana
FB: Suzana Fazlin Shah
Whatsapp: 0172432397

Place your order now!!!

JUS GOYANG RAPAT
RM 45 (sm)
RM 47 (ss)

JUS CHERAH AYYU
RM 39 (sm)
RM 43 (ss)

LOTION PUTIH AJAIB
RM 35.90 (sm)
RM 37.90 (ss)

PRECIOUS BY RCW
RM 29.90 (sm)
RM 31.90 (ss)

GORGEOUS BY RCW
RM 45 (sm)
RM 48 (ss)

PENCUCI GOYANG SEGAR
RM 29 (sm)
RM 31 (ss)

POSTAGE
RM 7 (sm)
RM 10 (ss)

Harga tidak termasuk postage..