Alhamdulilah sudah selamat bernikah (9.7.11)

Daisypath Anniversary tickers

Majlis Pertunangan (10.10.10)

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, March 31, 2011

fuh..fuh..berhabuk nya...

hi uolz.. :)

dh lame gile tak hapdet blog.. bz gitew2...

minggu nih bizi pindah masuk ke rumah baru..wink wink..

mgu dpan ade chicky party utk besday gal & welcome baby..

sape2 yang tahu, i ade joint promo kat milk a deal..

bizi keje jugak... wedding prep pun terbang ke mana hala...hohohohohohoho

tapi sempat jugak blogwalking ..hrmm



picture credit to : qarmasutra

suka sgt bju perantin nih!!!!!

Tuesday, March 22, 2011

terima kasih

pagi nih aku terima kiriman email(aku yang mintak sebenarnya di emailkan) dari salah seorang kawan aku..sbb aku dah tak fren dgn pemunya status facebook







terima kasih kerana mengatakan aku busuk hati, dan sebagainya..alhamdulilah..

tapi persoalannya:

nak iri hati kepada siapa?? mmg aku tak faham langsung??!!!!!!!!!!!!

insyallah aku tak mati dek keji & tak hidup dek puji..biarlah mereka di sekeliling aku sahaje yang tahu akan kebenaran nya.. aku salah , aku admit dan aku mintak maaf. aku tak melaha si pemunya status facebook dari mula lagi sejak ketidak puasan hati aku yang dah lame terpendam sebab aku rase tak perlu untuk aku cakapkan . lebih baik aku berdiam diri....alhamdulillah album pertunangan aku dari official photographer pun dah dapat( tak perlu aku nak expose berapa aku byar photographer untuk custom album majlis pertunangan aku)aku mmg puas hati dgn album & gambar serta hasil kerja yang ditunjuk kan oleh official photograher . bukan gambar orang itu orang ini yang tak berkenaan penuh dalam CD gambar majlis pertunangan aku..padahal subjeknya adalah majlis pertunangan namun banyak pulak gambar yang aku rase perlu diberikan pada aku.gambar jugak ..hrmmm.. .. aku faham jika junior photographer tapi tak mesti gambar tak cantik.. ..aku mmg buta pasal photo tapi budak kecik pun pndai tengok gambar lawa ke tak??? mmg dari mula tgk hasil si second photographer ini aku dah tak puas hati , aku mmg pendam kan hingga ke hari ini.. tapi aku dah pun habis bayar segala vendor semasa majlis pertunangan jugak aku byar lebih awal & on time.. segala kekurangan sepanjang majlis pertunangan aku minta maaf..aku tak dapat nak puaskan hati orang..aku masih bersyukur dan bangga, alhamudillah majlis pertunangan aku berjalan lancar walau dikata serba kekurangan

kepada pemunya status facebook: semoga berjaya dalam bidang photography kamu..

sekian

-gambar sepanjang majlis pertunangan saya yang serba kekurangan seperti yang diperkatakan oleh pemilik status facebook berikut:





hantaran yang buruk dan tidak siap seperti yang diperkatakan oleh pemunya status facebook





aku admit majli pertunangan aku serba kekurangan & tidak dapat memuashatikan kamu wahai si pemunya status facebook!

terima kasih kerana mengata aku begitu..aku lega kamu puas hati dgn apa yang kamu katakan..semoga terluah perasaan marah kamu itew

insyallah 9 Julai 2011 aku akan melangsung perkahwinan di IOI Palm Villa Golf & Country Resort , seorang jurugambar, seorang juruvideo, seorang mekap artis semua serba sederhana.. alhamdulillah..

aku doakan majlis perkahwinan si pemunya status facebook gilang gemilang & diberkati Allah.amin

******* gambar dari official photographer..

Monday, March 21, 2011

Kronologi Hencik S dan Perempuan ini

insyallah lagi beberapa bulan saya akan halal untuk dia..amin..


tahun 2011

tahun 2010




tahun 2009

Thursday, March 17, 2011

Gambar Picnic xiXi Port Dickson



epokah itew? hihihi




Dah sampai pun.. heeeeeeee..from Shah Alam to Port Dickson ikut PLUS lebih kurang 1 lebih ar.. ~muka puas ar tuh kan dh smpi..hikhiikhik~




pkol 2 petang gerak ke Port Dickson.. :)

Veil Lawa

Kanopi Johor

so far aku rasa Kanopi Johor yang affordable bole try contact Arena Canopy : http://arenacanopy.blogspot.com/


Tuesday, March 15, 2011

Katerer baru untuk majlis perkahwinan saya

Katering Untuk Majlis Perkahwinan saya - sebelah perempuan di Johor

Katerer Baru:Anyca Catering - http://anycacatering.blogspot.com/


1. MENU KATERING
• NASI MINYAK ( 80% )
• NASI PUTIH ( 20% )
• AYAM MASAK MERAH
• DAGING MASAK KICAP
• UDANG SAMBAL
• PAJERI NENAS
• ACAR BUAH
• BUBUR PULUT MERAH
• 2 JENIS BUAH
• PAPEDOM
• AIR KORDIAL

1 SET HIDANGAN PENGANTIN
• AYAM GOLEK (1 EKOR)
• IKAN MASAK SWEET SOUR (SIAKAP)
• UDANG GORENG PANJAT
• SALAD CAMPUR
• PUDING BUAH-BUAHAN
• ANEKA BUAH-BUAHAN

5 SET HIDANGAN ROMBONGAN PENGANTIN
• AYAM MASAK MERAH
• IKAN MASAK SWEET SOUR (SIAKAP)
• UDANG GORENG SAMBAL
• SALAD CAMPUR
• KUIH MANIS
• ANEKA BUAH-BUAHAN

PERCUMA
• 1 SET MANGKUK TINGKAT KE IBUBAPA ROMBONGAN
PENGANTIN
• 50 PAX BUNGKUSAN TETAMU
• HARI MAJLIS - SEJUMLAH MAKANAN RUMAH
KELUARGA
• JAMUAN MALAM - SEBELUM MAJLIS (MEE HOON SUP)
• KEK PENGANTIN 2 TINGKAT
• PELAYAN BERSERAGAM
• TISU, AIS & AIR MINERAL DISEDIAKAN

1000 PAX RM 9.70
700 PAX RM 10.50



MAKLUMAT PERKHIDMATAN
• Pelayan seragam yang disediakan, hanya dalam proses melayan tetamu di kaunter sajian makanan dan minuman.
• Pelayan seragam juga, bertanggungjawab dan menyelaraskan jamuan bagi pasangan pengantin dan rombongan
pengantin sahaja.
• Sekiranya, pakej tempahan (Jumlah Pax) yang diambil, telah memenuhi kouta, Pelayan seragam kami berhak
pulang tanpa sebarang halangan dari keluarga pengantin.
• Sekiranya JUMLAH PAX telah mencukupi dan memenuhi kouta yang ditempah, baki makanan dan lauk-pauk yang
masih tinggal, pihak kami tidak akan mengambilnya sehingga majlis selesai (Selewat-lewatnya selepas waktu
isyak.)

SYARAT TEMPAHAN CATERING
1. Tempahan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 1 bulan dari tarikh majlis perkahwinan. Diskaun TUNAI 3%
diberikan kepada tempahan 1 bulan awal.
2. Tempahan lewat 2 minggu dari tarikh majlis perkahwinan akan dikenakan caj tambahan 10% dari jumlah
tempahan.
3. Tempahan lewat 1 minggu dari tarikh majlis perkahwinan akan dikenakan caj tambahan 20% dari jumlah
tempahan.
4. Tempahan KURANG 24 JAM, Kami hanya menerima tempahan memasak sahaja. Caj perkhidmatan 30% akan
dikenakan dari jumlah tempahan dibuat.
5. Pembatalan Tempahan Katering dari (1 Bulan – 2 Bulan) dari tarikh majlis, Deposit akan dipulangkan 10% dari
Bayaran ‘Booking Date’.
6. Pembatalan Tempahan Katering dari (2 Minggu – 1Bulan) dari tarikh majlis, Deposit akan dipulangkan 5% dari
Bayaran ‘Booking Date’.
7. Pembatalan Tempahan Katering Kurang 2 Minggu dari tarikh majlis, Deposit TIDAK AKAN DIPULANGKAN.

cam ne kawan-kawan?berbaloi tak? saya amek utk 700pax..

Kenapa saya tukar katering ?????? mari kita buat perbandingan..

Katerer lame(Az Katering)

500 pax - RM13

700 pax - tetap harga RM13

Nasi Beriyani
Ayam Merah
Daging Beriyani
Dalca Sayur
Kuih 2 jenis
Bubur pulut hitam
Air Kordial 2 jenis

Lauk pengantin:
Udang
Siakap
Ayam

5 orang Pelayan

Peralatan Katering

betul tak keputusan saya ini ???