Alhamdulilah sudah selamat bernikah (9.7.11)

Daisypath Anniversary tickers

Majlis Pertunangan (10.10.10)

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, August 15, 2015

Warna Warni Aidilfitri Di Taska Qreatif Idea




Nih pic semalam.. masa jamuan hari raya & sambutan hari jadi anak - anak taska bertemakan baju raya gitew

layan pic dlu..

will update later ya!

hehehe

Wednesday, August 12, 2015

Guru Taska.. siapa yang layak?

Guru Taska..
dengar mcm glamer..keje cikgu.

taaaaaappppppppppppiiiiiii...!!!!

igt senang ke kerja Taska.???

bukan mudah jadi guru taska..!!

nak jadi Guru Taska..???

paling-paling utama ada sabar dan ada sifat penyayang.

kalau takde semua tuh..

baik jangan!

nanti berdosa je.

gaji pon tak berkat.

Hari nih kita buat anak orang
esok orang buat anak kita

skrang, dunia teknologi
yang tak baik kejap je bole tersebar.

Guru Taska profession paling mulia
sebab mendidik jiwa-jiwa kecil

jadi kalau rasa diri itu
kurang sabar
kurang sifat penyayang
kurang minat kanak-kanak

saya nasihatkan carilah pekerjaan lain.
sebab nanti akan menyusahkan orang lain
dan diri sendiri.


Tuesday, August 11, 2015

Sekadar perkongsian : Tips Untuk Parent Siapkan barang anak ke taska

As Salam Semua

Kali aku nak share tips utk parent yang hantar anak ke Taska kali pertama atau nak siapkan barang anak - anak untuk Taska.

1. Beli marker
sbb ape beli marker?
sebab nak tulis nama pada tuala, pampers, beg dan segala mcm barang anak-anak supaya masa kat taska tak tertukar dan memudahkan urusan guru yang menjaga dan ibubapa untuk kenal pasti barang anak sendiri.

2. Tulis nota berkaitan sukatan susu
paling bagus bila hantar anak ke taska tinggalkan nota berkaitan sukatan susu pada guru atau lekat pada bekas susu supaya tak salah sukatan bukan pakai bagi je bekas susu pada guru .  takut silap sukatan.  dapat guru taska yang malas nak tnya kang dia buat ikut suka.
jalan paling terbaik masuk susu dah sukat dalam susu dispenser siap2 dan kat luar tulis sukatan air utk elakkan salah sukatan susu.

3.  tulis nama dan contact number pada beg atau bekas susu
senang guru taska nak hubungi bile jumpa apa-apa kes emergency atau nak tanya kepastian berkenaan anak anda sbb kadang-kadang penyelia atau pengusaha cuti takut guru taska tak tahu nak refer sapa dan nak cepatkan tindakan.

Sekian, tips ringkas untuk perkongsian bersama.

setelah sekian lama tak hapdet! *_^

As Salam Semua :) 

*Sambil lambai tangan..hehehe

dekat 2 bulan jugak la blog aku nih terabai sebab kebizian u olz!!

masa bulan puasa aku sibuk dengan exam UiTM .. 5 paper kaw!
sibuk dengan exam.. cikgu taska pulak hal..
masalah attitude..
bile dia berenti aku kene la cover tempat dia.
mmg penat bile tak ckup cikgu
tapi seronok bile tgk muka anak-anak taska tengah tidur

manusia nih macam-macam
feeling-feeling taska tuh dia pnya pon ada
malas nak mampus pon ada
berangan diva pon ada 
 profession guru taska
nak berlagak mcm keje stewardess
nak lawan tokey pon ade
mcm mane tuh?
mcam-macam dah aku tempuh selama taska beroperasi
bkan nak ckap ape lah
dlu aku selalu pelik
kenapa taska selalu tukar teacher
tpi now aku dah tahu
sebab kebanyakkan nya masalah attitude atau masalah displin
jadi guru taska bukan sbb minat
sbb nk duit je
asal nma nya keje
tapi buat keje cincai boncai!

itu buat aku tak berkenan dan benci sebab anak-anak dalam taska tuh semua nyawa yang ada perasaan. dorang tahu taw kalau cikgu taska tuh tak ikhlas...sebelum ape-ape baik aku suruh dia berenti keje daripada menyusahkan aku dan membahayakan anak-anak taska.


kebanyakkan anak-anak taska yang baik dan 
anak yang manja especially girl
mmg akan nak berkepit dgn aku
sekarang nih kids panggil aku Mummy instead of teacher..hehhe

xpe la sayang.. 
i know u love me!hehehe
aku kisah sbb aku tahu anak-anak taska selesa dengan aku
bile aku datang kids dtg peluk-peluk aku
nak dukung.
satu perasaan yang sangat yang touching okay!
sbb aku suka manjakan dorang.. :)
ade cikgu yang ajar aku dlu
dia cakap 
" nak tahu cikgu tuh penyayang ke tak
tengok bile cikgu tuh masuk budak2 semua datang kat dia "

sememangnya aku ikhlas dengan anak-anak taska
sbb mereka adalah amanah dan tanggungjawab
kita yang ditaska ini pengganti ibubapa mereka masa parent pergi kerja
kalau kita tak sayang mereka secara ikhlas sape nak sayang mereka?
kalau kita ikhlas
kita buat ape pun tak rasa penat
nak marah pon payah..

tapi kalau tak ikhlas..
tu yang asyik nak marah2..
macam2 hal lagi..

bukan mudah jadi guru taska
setiap guru yang datang interview
aku akan ckap
Tugas Guru Taska
bukanlah mudah..

sebab apa?
sebab perlukan kesabaran yang tinggi & kreativiti untuk jalankan aktiviti & pembelajaran
adakala anak-anak taska ade yang tiba-tiba demam
masa tuh lah kita nak layan dia mcm anak sendiri.

kalau anak sendiri demam buat ape?
lap badan kan?
begitu la ditaska..

bukan kalau anak orang main pakai biar je.
mmg kat taska kita tak bagi ubat utk elakkan risiko
tapi buat mcm anak sendiri.
lap kan badan dia
basahkan kepala dia..

memang ade masa..kita geram
tapi biasalah satu tandan pisang mesti ade satu yang lain mcm
so do mcm kat mane2 pun.

tapi sabar itu  paling perlu nak jadi Guru Taska
bukan kerja nak duit je
kena btol2 minat dan bertanggungjawab.

kalau rasa nak duit je
baik keje kilang ke tempat lain
sebab taska rumah ke dua kanak-kanak.
maka kita kena pastikan anak - anak sihat fizikal & sihat emosi
baru seimbang.

walaupun aku baru je menceburkan diri dalam dunia early childhood tapi aku amat-amat serius sbb anak aku dlu pon pergi taska. so i know what parent want.

somemore aku nih cerewet bab budak.
bukanlah nak bangga diri pulak, tapi aku mmg jaga bab pemakanan anak-anak taska.
no artificial foods - fishball, fishcake
no cerelac for baby
sampai pembantu taska tuh cakap aku nih cerewet sgt..haha

mmg ler..
aku buat mcm mane aku jaga ayra.
mcm tuh la aku jaga anak taska.

senang cakap
kalau nak buka taska, kena bersedia utk jadi guru taska - jaga anak-anak taska seikhlas hati bukan harap staf je yang jaga.
ade masa kita pengusaha kena turun padang sendiri
tengok mcam mana penjagaan dan aktiviti taska.

rezeki allah .. anak -anak taska dah 25 orang (as per update 11 Ogos 2015)
soon akan masuk lagi.
alhamdulilah..syukur..

^_^