Alhamdulilah sudah selamat bernikah (9.7.11)

Daisypath Anniversary tickers

Majlis Pertunangan (10.10.10)

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, May 31, 2012

Bedung Moden

sape tengah carik bedung? bole beli kat sini: http://www.bengkungmoden.com/kain-bedung-bayi.php


bole shopping online.. rega pun okay kot..

comel sgt bedung ni..tapi rasa awal sgt nak beli. somemore bole beli bengkung, set bersalin jugak kat sini.. :)

Tuesday, May 29, 2012

2nd check up

today jumpa gynae sume okay. aku terus terang dgn doktor aku mmg tak makan ubat yang dia bagi sbb menyebabkan aku muntah. maka aku amek jalan alternatif :

kencing kotor : minum juice cranberry instead of makan ubat
sembelit: minum juice prune (sunsweet) instead of makan ubat

tapi jgn la expect akan cure cepat. maybe amek masa ..huhuhu..name pun natural remedies..tu je yang aku rasa badan bole terima..

tapi tadi sikit lagi nak kena admit sbb doktor takut badan kurang air sbb muntah. bile buat urine test, kencing keruh n kotor - paling keruh dalam 2 bulan preggy ni . tapi air dalam badan okay, so tak yah admit, doktor nak bagi ubat than muntah pun aku tak nak sbb confirm tak makan punya!

now i know kenapa setiap kali scan , perut sakit..sbb i have cyst in my womb tapi doktor ckp mmg normal org preggy ada cyst sbb tu yang bagi hormon kat baby cume besar atau kecik. aku punya besar, sepatutnya dalam masa 12 minggu mende tuh kat kecut seiring dgn pembesaran baby tapi kalau lepas 12 minggu tak hilang, yang tuh kene operate..

this time check up, doktor bagi asid folic tu pun sbb asid folic aku dah ilang. aku ckp dgn doktor, selama takde asid folic aku ada makan roti gardenia dalam tuh ada asid folic tu pun sbb syima syaz yang bgtau..tima kaceh darling!!! tpi doktor ckp tak cukup. kene makan jugak asid folic.heeeeeee

before leave, nurse ade bagi goodies bag..yang best ade voucher mom's care..hehehe..now i got 2 pix of scan tapi belum sempat snap dari hari ke hari..huhuhuhu

hari-hari doa dapat baby sihat dan sempurna. amin

sebelum balik aku consult pasal deliver, aku tanya pasal c-zer la kan.. dia ckp estimate RM7,000 - RM9,000 tak masuk epidural dan segala bagai ye kawan2..glurppppppp! kalau normal mmg affordable kalau operate mmg berdarah la hidung dan segala lubang tinga sume.. ;p

Monday, May 28, 2012

9 minggu..

minggu ni , baby dah 9 minggu duduk dalam perut mummy :)

muntah-muntah masih ada..belum baik lagi. sekarang dah mula minum juice prune utk sembelit & juice cranberry untuk kencing kotor yang tak baik2 lagi..both bole dapat kat Cold Storage.  hopefully everything will recover soon..loya-loya masih ada jugak dan hari ni pagi2 dah muntah tak opis.. standard la!mengandung!normally orang mengandung mmg muntah2(ayat nak sedapkan hati sendiri). kalau tak muntah, alhamdulilah..simptom-simptom orang mengandung masih ada lagi..

esok second check up kat Selangor Medical Centre (Selangor KPJ Specialist Hospital). hopefully semuanya okay. sekarang dah tak pergi check up & follow up kat Hospital Sungai Buloh..ngeri!hehehhe..nti la baru citer erk erk erk

Why Selangor KPJ Specialist Hospital yang mummy & ayah pilih?

sebab:

1. several opismate check up dan beranak kat sini.
2. pakej bersalin affordable ( kalau tak operate)
3. agak dekat dengan opis dan rumah
4. mmg plan nak bersalin kat sini

Name doktor : Dr Tan Yee Inn - kat hospital ni bole pilih doktor sendiri

1st check up, doktor scan dan bagi consultation. ade jugak bagi ubat tapi mummy tak bole makan. asal makan je muntah.. maka membazir la segala ubat yang ayah bayooooooo..huhuhu

sekrang ni mmg takde makan ubat pape . mummy try to natural remedies. asid folik pun tak makan sbb muntah..cian anak mummy tak de khasiat.. :(

Wednesday, May 23, 2012

Dah rasa ape tu pregnant...


sekarang dah masuk 8minggu baru terasa simptom-simptom orang mengandung , terutamanya muntah..selalu muntah-muntah :(

rasa mcm penat je aku makan pas tu keluar balik.. hospital dan klinik dah mcm rumah ke-2..

ubat je dah satu bekas..ambekkkkkkkkkk!!

masalah utama selain muntah ialah sembelit.. menci bile nak g toilet! doktor ada bagi ubat - tak jalan. makan banyak buah pun tak jalan.

sekarang ni aku tak suka makan nasi, ikan dan segala macam neka lauk pauk. yang bole cuma roti je.. roti pun roti Gardenia dan Rotiboy je. yang lain aku tak lalu!

mcam ni rupanya mengandung............................................................

Thursday, May 10, 2012

simptom 6 minggu..

sekarang ni aku mmg sakit dada disebabkan gastrik :(  selera makan pun dah kurang..

kejap2 kene makan kalau x akan jadi lagi teruk.

loya tu ade..pening2 ade sket2 je..

yang lain-lain alhamdulilah..

buat masa sekarang ni belum buat apa2 perancangan lagi.. cume verangan nama..hehehhe

nak beranak hospital mana pun tak tahu lagi..check up plan pn tak sure lagi..

dua-tiga hari ni nak makan roti canai, tosai segala mcm..

yang paling addict dan paling risau kalau tk de: vitagen apple

sekarang dah start minum susu Enfamama..mcm biasa, mula2 je minum pas tu tak minum dah..hehhhe

ni Hencik S kuar, aku kirim samosa..hehehe

Wednesday, May 9, 2012

............. positif....

today i was 6weeks pregnant..alhamdulilah

but to know i'm preggy, it was challenging..

21 April 2012
pagi-pagi bangun, Sakit perut yang teramat sangat. igtkan nak period tapi belum time lagi. so pergi klinik panel, dia dah suspek mengandung luar rahim/apendix.

Dr Shamala: awak mengandung ni. perut besar
aku : takde la doktor. saya mmg gemuk.
Dr Shamala: tak.. awak mmg mengandung.

tapi UPT negatif..mane la aku nk caya..Dr Shamala kuarkan reference letter ke Hospital Klang, sbb tanda-tanda mengandung luar rahim(ectopic pregnancy) atau apendix ialah sakit perut yg teamat sgt. doktor tu mmg hebat gile.. dia bole tahu aku mengandung walaupun UPT negatif, dia cume tekan je perut aku. actually dia ada tanya nak pergi hospital mane? yang aku terlintas hospital klang so dia refer pergi Hospital Klang. balik dari klinik panel sempat balik rumah amek barang sume, pas tu aku ckp dgn Hencik S nak 2nd opnion..aku ajak pergi private klinik lagi tapi since aku tunjuk reference letter dia suruh pergi terus hospital.
sebelum g Hospital Klang,aku sempat singgah makan kat Pak Li..bekas kawasan jajaha. dlu duduk sek 7, Shah Alam sbm kawen .. so setel2 makan, aku pun pergi la Hospital Klang dan dirujuk ke Bahagian Kecemasan. hrmmmmmmmmm.. hampeh. mcm pesakit luar je aku rasa even kau dah tunjuk reference letter pun dia wat dang je..buat tak tahu. check air kencing - negatif pas tu dia ckp kencing kotor. lepas 5 jam kat hospital dia cume bagitau aku sakit kencing kotor tanpa scan mcm doktor panel suggested.. hrmm... dia bagi ubat antibiotik & ubat kencing kotor..aku tak makan. aku g private klinik lagi utk amek ubat kencing kotor yang garam tuh.

dalam 1 hari 4 klinik aku pergi:
Klinik Medijaya-Klinik TTDI-Hospital Klang-Klinik Lourdes

27 April 2012
Dah seminggu aku sakit perut, aku pergi balik klinik panel aku. dia suruh buat UPT .. positif.. :) alhamdulilah.sebelum tuh , aku ade cakap dgn doktor ' jangan refer saya pergi hospital lagi ye doktor' aku siap gelak2 lagi. tapi bile scan muka doktor dah lain, doktor suspek mengandung luar rahim ( ectopic pregnancy) sbb jumpa 2 image abnormal dalam rahim aku. ade tanda-tanda bocor. so dia print gambar scan tuh dan buat lagi surat reference leter. masa tuh aku sedih sgt sbb nak sgt mengandung tapi ada masalah pulak. lagi sekali aku pergi Hospital Klang, doktor kat sana tengok reference letter tapi gelak2 sbb tak percaya aku suspek ectopic pregnancy. fine! aku pergi DEMC untuk check. nak pergi pusrawi klinik dorang dah tutup. so kat DEMC aku refer kat emergency, doktor yang bagi consultant ckp ni kes emergency dah siyes .. kene terus masuk wad dan operate sbb reference letter aku sgt detail.  bile aku tanya, bape kos? dia ckp RM15,000. glurpp!!masa tu hari jumaat nak diikutkan doktor tuh operate malam tuh jugak. so aku ckp dgn doktor , hospital mane yang okay, dia suggest Hospital Sungai Buloh. 

aku balik umah amek barang sume, sbb doktor DEMC kata pergi hospital confirm kene tahan wad &  operate. so malam tuh aku pergi Hospital Sungai Buloh mmg sgt efisen. dia tengok reference letter, terus scan perut, amek darah, blood pressure bagai sume. tak sampai bape minit , gynecology pun sampai. aku masuk kat wad bersalin sbb nak scan ..  xdapat image kat perut, doktor scan dari bawah..huhuhuhu

diagnosis:
- pregnancy unknown location
Note: 90% ectopic pregnancy.

so aku dah classified as emergency case sbb ectopic pregnancy bole menyebabkan kematian. bile baby pecah dalam perut, akan terjadi pendarahan dan kalau lambat dirawat akan jadi kematian.

malam pertama masuk wad, aku nangis atas wheelchair sambil ditolak nurse disamping Hencik S dan mak mertua ku. aku nangis sbb takut kene tdo sorang.1st nite aku masuk wad 2. setiap 2 jam nurse datang amek blood pressure. kalau blood pressure turun anytime kene operate sbb doktor consider baby dah pecah kat dalam. aku igt lagi , name dia Doktor Lai. sangat baik :)

28 April 2012

Doktor amek darah bagai sume. pengalaman pertama duduk hospital kau! alhamdulilah , nurse dan doktor sume baik. makan pun sedap. hari2 Hencik S datang tengok. masa ni la teringin mcm2..

29 April 2012

masa doktor round masa pagi tuh, Dr Lee dah ckp suh puasa esok pagi sbb nak buat operation, at that time bacaan darah tunjuk yang baby mmg tak okay . aku pun bedal makan cukup2..heheh..seb baik mak aku dtg dari Johor..dapat la makan Yong Tau fu , tapi tak bape sedap sbb beli kat angsana-tu yang paling terdekat. yang sedap Yong tau fu Larkin. kat sini manalah nak carik Yong Tau fu johor stail :P

30 April 2012

Pagi tuh doktor datang amek darah pkol 6.30 pagi pas tu around 9.30 specialist panggil buat scan. masa scan aku sakit perut .. menangis kau! sbb sakit.. doktor byk kali say sorry.. aku pun tak tahu nape aku sakit perut. doktor ckp bacaan sgt bagus .. so dia scan...

Doktor: eh! adik, ni baby ade kat dalam rahim.  dah bole discharge hari ni ye.. saya bagi asid folic & ubat kuatkan rahim.

aku : terdiam..alhamdulilah..tak kene operate utk buang. kalau private hospital, awal2 dia dh buang


so petang tuh aku dischage & alhamdulilah kandungan normal  smpi hari ini :)

to be continue... ^________^

Thursday, May 3, 2012

alhamdulilah :)

alhamdulillah..my urine was positive and officiallly will become mummy to be :)

lastest scan on Monday was 4 weeks 3 days..

a lot of stories about my pregnancy..baru tahu last friday pregnant & terus admitted to hospital.

finally , doctor confirmed my pregnancy.

will story the true story in next entry ya ..