Alhamdulilah sudah selamat bernikah (9.7.11)

Daisypath Anniversary tickers

Majlis Pertunangan (10.10.10)

Daisypath Anniversary tickers

Monday, March 26, 2012

Hantaran Ready Made untuk disewa - Flory Purple Black


**untuk gambar lebih jelas sila ke --->http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=6108282624471475301



set hantaran untuk disewa:-

Tapak sahaja(styrofoam berhias bunga): RM15
Sewa Bekas Hantaran Hitam Berkaki shj: RM7
sewa satu set(Tapak+Bekas)=RM20 per bekas

Tersedia dalam 5 Unit tapak hantaran shj

tempah baru bermula RM50 ..

'happy prep bride to be' ^_____^

hubungi:
suzana(017-2432397)
email:zz_lionlove@yahoo.co​m.my

Friday, March 23, 2012

Make up Class Tour : KL, Selangor & JB



Kelas Make up Johor: Basic to Advance
Location: Taman Selesa Jaya, Skudai, Johor
Date: 22.4.12
Fee: RM200
Deposit:RM100

Kelas Make up Selangor & KL: Basic to Advance
Location: Sunway Mentari, Subang, Selangor
Date: 5.5.12
Fee: RM200
Deposit:RM100

for booking & more information:
Call 017-2432397 - suzana fazlin

Suzana Fazlin Make up Artist:
Facebook-Ayra Beauty Touch(MUA:Suzana Fazlin)
Blog:http://ayrabeautytouch.blogspot.com/

Mahu Make Over Percuma?

Mahu Make up Percuma?
Make up By : Suzana Fazlin Make up Artist




Jom lawati kami di booth : Whats Girl Want

Tarikh : 8th April 2012

Lokasi: Tea Party Lawa-Lawa
Lawa-lawa FB: http://www.facebook.com/lawalawalah#!/lawalawalah


13A-2A, Ukay Boulevard, Jalan MRR2, 68000 Ampang, Malaysia

Event Detail: https://www.facebook.com/​events/301911833208109/



see you there!!

Tuesday, March 20, 2012

Aprileus Celebration

Bulan depan ramai gile orang besday termasuklah aku! :) hehehehhe.. so my Family In Law decide nak having family gathering cum celebrate orang2 April ni..ramai wooooo!aku, biras & mak mentua..somemore bulan depan Anniversary 40 tahun (Jubli Perak) my Parent in Law. so celebrate serentak..

kat tempat nih.....Janda Baik

website:http://www.saujanajandabaik.com/
We olz tempah Chemperoh Villa yang bole buat almost 30 pax :)

aku pun tak penah pergi. ni baru la kejakunan nak ke sana.. menu semua belum di rancang. cuma dah order kek je dgn Kak Ana:http://apronsnotattached.wordpress.com/

PR Kak Ana sgt2 okay & easy to deal..really nice..tapi belum rasa lgi. ni pertama kali nak rasa dari Kak Ana :)

oh!bulan depan mak aku, kawan-kawan aku pun ramai April :)

Semoga Allah melimpahi rahmat, memurahkan rezeki dan memberkati Aprileus ( April Besday Boy & Girl).amin amin amin

Baru-baru ni Hencik S dah tanya nak hadiah ape. thun ni bole pulak aku baik kan, aku ckp " Seikhlas hati Baby nak bagi ape. Honey tak nak ape2. Nak Kasih sayang baby je" bile dia tnya , gile ayat punya tak hengat!!!!!!(tolong tutup mata bile terdengar dailog laki bini begini)kakaka.. kalau tak, mau la aku balun segala mcm yang terlintas kat fikiran spt tahun2 yang sudah.hahahahha..last year dapat sunglass Charles & Keith..celebrate pun kat umah je sbb aku buat party kecil-kecilan. aku pun faham time tuh lagi 4 bulan nak kawen jadi tak de la nak mintak yang very daaaaaaaaa..kekekekke..

tak pe, kita tunggu ape dia nak bagi :) tpi aku pun ade sediakan hadiah untuk balas balik hadiah bufday yang Hencik S nak bagi..hehehhe.kalau x , selalunya besday aku pun aku nak hadiah, besday Hencik S pun aku nak hadiah.gile tamak.. dah tawen ni ade slow sket bab2 melahap hadiah nih..

Thursday, March 15, 2012

lambat lagi..

cantik tak tempat nih?





ni lah tempat kitaorang nak beranniversary. gile awal booking kan? lagi 4 bulan tapi dah preparation bagai.jangan tanya kenapa aku amek tempat belakang umah je.

sebab:

1. al-maklumlah keje satu opis. nak - nak opis aku susah gile dapat cuti sekarang ni - kalau xdapat cuti/kene keje time anniversay pun aku tak palat :) balik keje terus check inn

2. interior dia cantik

3. dekat!pape hal bole balik opis jap kalau on call..(minta di jauhkan, tapi kalau kene on call, xde la aku rasa palat sgt)

Hencik S tahu tempat ni kat Putrajaya tapi dia tak tahu hotel ape..hehehe(jgn bgtau dia)!shhhhhhhh..rahsia..tu pun smlm aku google sbb nak buat wallpaper desktop dia, kebetulan dia lalu kejap tgk aku buat ape kat pc dia..yang sempat di nampak perkataan putrajaya.selamaaaaaaaaaaatttttttttttt.

dalam kete smlm on da way balik keje:

aku : by, cantik tak gambar desktop baby? kat sitew la kita pnya anniversary
Hencik S: eleh!dekat putrajaya je?????? ( aku ajak g New Zealand, kau yang tak nak)
aku: ye la. kalau tak dapat cuti , mcm mane? lagi pun dekat.
Hencik S : igt kan pergi la Desaru ke mana(ewah! padahal dia yang keje bagai nak gila, cuti susah dapat.ade hati kau pergi Desaru ye?)
aku: ok la ni!xyah nak jauh sgt2

xcite kau laki bini nak ber anniversary segala! insyallah, amin.

doakan ye rumah tangga kami aman damai.amin

Bukit Gambang Review

seperti yang di janji kan.. aku akan buat rebiu pasal Bukit Gambang yang aku pergi baru ni.. trip kali adalah trip family ye kengkawan!family sebelah aku! Hencik S tak ikut sbb kene keje! pnya la meraung..last minit laki aku kene kje!oh!merana jap!

journey kitaorang bermula jam 11 pagi gite la dari rumah aku. pagi tuh bekpes nasi lemak sambal udang mama masak & bawak bekal sekali. memandangkan pergi seangkatan tentera aku decide utk bawak bekal & masak ! gitew kan... perjalanan ambil masa 3 jam, almaklumlah aku yang drive! gile lembapppppppppp!korang kalau tanya tol konpem dia akan kata " akak masuk exit kuantan ye nak pergi Bukit Gambang!' padahalnya kau tengok kat signboard besor2 sepanjang jalan tuh exit Gambang! adik aku ain, mulanya tak nak joint trip nih walaupun satu jalan & bergerak time yang same! mana nak percaya! alih2 call aku cakap ' kak long , jumpa kat tol Gambang. aku nak makan nasi lemak' perghh! berhenti semata-mata nak makan nasi lemak!ko percaya!nan edo! masuk tol Gambang, jumpa trafic lite belok kanan. tapi belum sampai lagi . 6 km lepas tol ye kawan2!

sampai2 dah pokol 2. aku terus check in. nak check inn pun kene amek nombor!penuh dgn manusia time tuh! dengan event company & gomen .. mmmg padat!seb baik urusan check inn kejap je. Kitaorang dapat Blok S3, tingkat 3 , no 7 - view construction..huhuhu..kitaorang amek apartment 2 bilik -Caribbean Suit. so Reception agak jauh jugak la kebelakang.

ini gambar dalam lif dia

nampak tak tuh ?? view construction? tapi masa tuh depa tak keje..



makan cepat2, terus ke water park. info:

tiket dewasa : RM21.90
Kanak-kanak 12 tahun : RM15.90
Warga Emas : RM15.90 ( kene tunjuk IC)
Student : RM18 ( kene tunjuk student Kad)

sume kat dalam waterpark gna E-Cash/E-Value like cam top up gitew la.pape sket kene scan.kat sane :

aku amek 1 cabana sbb ade baby & warga emas.. kebetulan time aku datang sane bole pulak memanjang hujan, dapat la dorang berteduh..kalau sane ko takde sewa boya , mmg akan mati kekerasan!sbb sume mainan perlukan boya tuh . maka aku sewa 4 boya bentuk 8 tuh. jadi ade bape? 8 lubang la kan..gasak la main segala macam neka mainan :)

aku depan kaunter, nak masuk :)

my siblings..

sewa boya (ini bahasa johor, aku tak tahu korang panggil ape. pelampung la kot!) : RM12. deposit RM8(refundable)


layan pix kat bawah in erk..





time ni dah nak balik. cantik kan tempat dia?

baju merah belang2 mak buyong-nilah adik aku yang konon nak singgah makan nasi lemak je ..heheh(actually di on da way balik umah mak mentua dia-seb baik kau merandung, kalau x, mmg x singgah la gamaknya..hehhe)!


Review Bukit Gambang Resort - Caribbean Bay:

Pro:
-Living Hall agak besar
- Ade beranda
-Breakfast banyak pilihan
- banyak aktiviti : AVG Motor, Horse Ride memacam lagi la

Kon:
- Hotel Servis teruk. minta bantal sampai ke sudah tak dapat! teruk kaw!!!
- Swimming Pool jauh
- Tram kene bayar ..RM1 per way..huhuhu
- Very basic interior
- Very basic amenities
- very basic services
- tak berbaloi dengan harga yang kau bayar!!!!siyes!!!

Bukit Gambang Water Theme Park :

Pro:
- Banyak mainan
- ade tempat utk kanak-kanak
- ade sewakan cabana untuk tempat rehat
- cashless
- sentiasa ade life guard
- harga tiket berpatutan

kon:
- makanan yang jual dalam tuh mmg teruk!!! sian mama aku
- toilet sentiasa penuh

conclusion Bukit Gambang:
Accomodation teruk, kalau harga cam tuh kat KL ni dapat tip top pnya hotel!! Water Theme Park best :)
-
-

Tuesday, March 6, 2012

MAKEOVER PERCUMA!

Hai Semua

sape nak hadiah?cepat angkat tangan..... ingin tampil menawan? jom sertai peraduan 'MAKE UP PERTAMAKU', hanya tuliskan pengalaman make up pertama anda dan emailkannya!!peraduan ini dibawakan oleh Ayra Beauty Touch.hadiah menarik bernilai RM1300 untuk dimenangi..

Ayra Beauty Touch ialah Make Up Artis utama untuk Ayra Qreatif Idea Wedding Gallery yang berpengalaman lebih kurang 3 tahun di dalam bidang persolekan pengantin pelbagai bangsa, dinner, photoshot & model. Ayra Beauty Touch dimiliki dan dijalankan sepenuhnya oleh Make Up Artis Suzana Fazlin (ye! saya lah tuh! )hehhehe.Peralatan yang digunakan ialah MAC, Estee Lauder, Kryolan dan lain-lain lagi. Juga berpengalaman sebagai Instructor/Mentor kelas Make up untuk mereka yang berminat di kawasan Selangor, KL & Johor. sebanyak 10 sesi kelas telah di adakan di beberapa tempat dan kawasan & sambutan amat menggalakkan.

antara hasil kerja/makeover:



sila lawati ke blog:
http://ayrabeautytouch.blogspot.com/

Jom sertai Peraduan 'MAKE UP PERTAMAKU' dan menangi hadiah utama bernilai RM700 berupa:
1 sesi Makeover & Make up Profesional &
1 sesi photography selepas sesi Make over
1 CD Burn


2 Hadiah saguhati bernilai RM600 yang berupa:
1 sesi Makeover & Make up Profesional dari Ayra Beauty Touch untuk setiap satu pemenang



** (Pemenang bole memilih sesi Make ovEr & Make up untuk pelbagai majlis - dinner, wedding, photoshot & lain-lain)


**klik gmbar utk lebih jelas**

peraduan terbuka kepada semua - bakal pengantin, bakal ibu, dan semua wanita yang ingin tampil menawan. macam mane nak joint?senang je..ikut langkah mudah dibawah:

1. pergi ke facebook Ayra Beauty Touch & klik like: http://www.facebook.com/pages/Ayra-Beauty-Touch-MUA-Suzana-Fazlin/128977263836247-(nama facebook anda sbg bukti)

2. joint sebagai follower di blog: http://ayrabeautytouch.blogspot.com/(link/id anda sbg bukti)

3. link kan blog Ayra Beauty Touch di blog anda/kalau takde blog share link Ayra Beauty Touch di facebook anda - jgn lupe tunjukkan kepada kami ye!

4. hantarkan email bertajuk 'PERADUAN MAKE UP PERTAMAKU' dan tuliskan pengalaman make up pertama yang anda mula pakai. mgkin semasa tadika, sekolah rendah,sekolah menengah atau selepas bekerja. Emailkan di: zz_lionlove@yahoo.com.my, bersama maklumat berikut:

nama:
no tel:
alamat:
email:
alamat blog:
nama di facebook:

5. copy entry ini & paste kan ke dalam blog anda sebagai entry(link blog anda sbg bukti)/ copy entry ini & paste kan ke dalam fb anda ke dalam facebook anda(link facebook anda sbg bukti)


6. pastikan anda telah mengikuti langkah 1-5 sepenuhnya. pemenang akan dipilih melalui pengalaman yang paling menarik.

Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Mac 2012 jam 12 malam.

Pemenang akan diumumkan pada 10 April 2012. Hadiah perlu ditebus/redeem sebelum 31 Disember 2012.

senang je kan? jom sertai peraduan ini!

Friday, March 2, 2012

Cuti Sekolah Minggu depaN

Esok aku akan bertempur dengan MUET. siap tadi aku beli stationary bagai u olz!!! kalau tak gempak result , tak tahu la aku! kalah pensel box cikgu2!

Minggu depan cuti sekolah. maka bermulalah kesibukan aku! Cuti Sekolah bulan 12 tahun lepas begitu hampeh sebab aku sibuk keje. family aku datang tak dapek nak layan. maka dengan itu, aku dah berjanji dengan family aku masa bulan 12 lagi, nak repeat cuti sekolah bulan 3 ni! yang cuti sekolah tuh adik-adik aku..hikhihik. tapi aku yang menyibuk..bulan 1 aku dah booking hotel bagai sume!sebagai cip & berkuasa diktator aku memilih Bukit Gambang Resort sbb aku pun tak penah pergi.



Preparation:

1. Accomodation - done: Bukit Gambang Resort - Carribean Bay : Family Suite
2. Cabana - done : 1 unit
3. Foods & Drinks : will buy dis week.

sape penah pergi Bukit Gambang Resort Waterk Park?

jom share........ :)

Thursday, March 1, 2012

mINGGU yang peNuh PanCaRoBA

ckup..

itu je yang dapek aku katakan utk minggu ini.

oh ye! minggu nih aku ade exam MUET. hua hua..

jangan tanya kenapa..its will be a long story ( yawning ) ..

just wish me luck!!



walau begitu berpancaroba , tetap semakin debab!berat badan tak penah turun wahai kawan2!hahahaha.. dan aku semakin perasan aku dah makin tak lawa sejak kawen ni.tak thu kenapa. jauh benor dgn aku yang sebelum kawen lagi2 ketika umo muda remaja awal doplohan!



very da bersiap bagai kalau nak berjalan..sekarang? nak letak mekap pun aku malas!kasut tinggi pun lame dah tak pakai!

haishh!!

baek!azam tahun nih nak kembali fashionista & hijabista!