Alhamdulilah sudah selamat bernikah (9.7.11)

Daisypath Anniversary tickers

Majlis Pertunangan (10.10.10)

Daisypath Anniversary tickers

Friday, June 17, 2011

luahan hati seorang anak & bakal pengantin

si bakal pengantin, A tengok orang lain yang nak jadi pengantin semuanya gembira dikelilingi keluarga yang prihatin & amek berat. semua orang bergembira dan masing-masing berlumba-lumba nak tolong ahli keluarga yang nak kawen. kejap-kejap bapak si pengantin tanya ape yang dah siap , ape yang belum. tanya borang nikah, tanya khemah, semua lah. mak pengantin pun tak kalah , siap gaduh manja dengan si anak nak bunga telur yang tak kurang hebat .

tapi tak pada si bakal pengantin nih, hari hari termenung & menangis. keluarga nya tak seperti orang lain, masing-masing buat hal sendiri. pandai-pandai la si bakal pengantin nih settelkan sendiri majlis kawen dia. macam kawen kene tangkap khalwat je padahal semua mengikut landasan yang betul. si bakal pengantin nih rasa terpinggir dan rasa pilu mengenangkan nasib sendiri. bapak pengantin pulak sibuk dgn bini-bininya. si bakal pengantin nih pun anak dia tapi takde pulak si bapak pengantin nih sibuk. bole pulak dia cakap pada si anak yang bakal pengantin nih, "pandai-pandai kau lah! janji tak menyusahkan!"



ape perasaan si anak yang bakal jadi pengantin nih? pendamkan je la..karang si bakal pengantin nih menjawab, si bapak tak nak jadi wali pulak..terkebil-kebil si bakal pengantin nih mencari jalan nak selesaikan majlis perkahwinan sendiri dari bunga telur sampai ke katering si bakal pengantin nih carik sendiri tanpa pertolongan sape-sape. kadang-kadang bukan wang ringgit yang jadi isu, kerjasama dan perasaan girang ahli keluarga pengantin yang menjadikan bakal pengantin riang dan gembira.

si bakal pengantin nih selalu terfikir kenapa keluarga orang seronok nk dapat menantu tapi bila si bakal pengantin nih toleh kepada ahli keluarga satu per satu , tiada apa yang dapat dilihat kecuali rutin harian spt biasa yang mcm takde pape je yang bakal berlaku.

ini belum cerita semasa majlis dan selepas majlis nanti. pandai-pandailah si bakal pengantin nak menyudahkan. di tambah dengan permintaan yang pelbagai dari ahli keluarga bertambah sedih hati si bakal pengantin. namun bakal pengantin sentiasa berfikir dan berbuat apa saja untuk menggembirakan hati ibu bapa pengantin dan bakal pengantin berharap ibu bapa pengantin akan gembira dan dapat menggembirakan si bakal pengantin.


kalau tak dapat nk tolong dengan wang ringgit, dengan tenaga dan perasaan tolong menolong serta kerjasama dah memadai bagi bakal pengantin. bertanya kabar persiapan majlis itu sudah cukup untuk membantu pengantin.

moral of the story, terutama buat bakal pengantin :
hargailah dan sayangi lah ibu bapa dan ahli keluarga masing-masing. kalau kenduri kendara, bila ibu dan bapa pengantin berkeinginan begitu begini , biarlah. itu tanda mereka sayangkan dan ambil berat tentang majlis perkahwinan anak masing-masing.

gaduh2 manja dan bertentangan pendapat untuk yang terbaik adalah kenangan paling manis bile berkenduri sbb dari situ kita tahu keluarga kita mmg ambil berat dan prihatin dgn majlis kita, kalau mereka buat tak tahu saja???

selamat melakukan persiapan bakal pengantin semua. :)

3 comments:

  1. suzana..sedihnye i baca.huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. sedihnye.... ='( tira pon mule2 dulu x larat dah nak menangis... tapi alhamdulillah, skrg semua dah setel... lega sgt...

    ReplyDelete
  3. lisa: sabar2..heeeeeee.. happy prep , dear.. :)

    tira : tu sume kenangan yang manis nti.. :)

    ReplyDelete