Alhamdulilah sudah selamat bernikah (9.7.11)

Daisypath Anniversary tickers

Majlis Pertunangan (10.10.10)

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 27, 2012

13 weeks.. tak tahu nak ckp hai ke babai ?

aku masih lagi kemuntahan..kepeningan. takde selera makan. weakkkkkkkkkkkkkkkkk...

segala bagai.. aku tak tahu perlu ke nak ckap babai kat 1st trimester dan say hai kat 2nd trimester?

sebab aku masih jugak macam dlu.. tak pape perubahan :(

kadang2 aku nangis sbb tak tahu nak marah sape. tak kan pulak aku nak marah baby sbb duduk kat perut aku kan? sbb sbm ni menangis2 kalau period..hrmmm

jumaat ni pergi check up.. kalau kat obesee 13 weeks dah bole tgk gender, kat sini tak tahu la pulak aku..

aku tak makan pun folic asid sbb aku tak rasa nak makan. gile degil kan? kadang2 aku curik2 makan nenas yang masuk dalam lauk masak lemak dan lepas makan aku buat muka bodoh. bile sakit perut, tahu pulak cuak tapi aku sentiasa fikir lagi tak kuar darah okay la tuh kot...hohohohoho

hari tuh aku cakap kat Hencik S, bile la baby  ni kuar? sbb aku dah tak larat . nak bercakap dgn orang pun aku dah larat. Hencik marah.. ye ler, sbb dia tak mengandung..>.< kalau dia mengandung baru dia tahu betapa azabbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbbnya..

Wednesday, June 20, 2012

Ketika Pembunuhan Umat Islam Rohingya, Dimana Kita.

Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) menggesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.

Sejak 3 Jun baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote, daerah Tongu dibunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.

Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.

Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap, ibu negeri Arakan.

Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah dibakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.

Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk di kawasan kampung lain di seluruh wilayah Arakan.

Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.

Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.

Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.

Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.

Lebih memeranjatkan kami, pihak keselamatan, polis dan tenterakini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.

Walaupun dharurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.

Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.

Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan namun bukan untuk melindungi mereka akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.

Kelmarin, 9 Jun sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.

Terbaru, 10 Jun dua kampung paling besariaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh, masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.

Dari maklumat terkini semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.

Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya. Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.
Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh, 60,000 di Thailand 150,000 di Pakistan 40,000 di Malaysia. Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.

Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar.

Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah, tanah, ternakan , pemusnahan masjid, arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha, perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera, penangkapan, penyiksaan tanpa bicara, perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.

Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memiliki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.

Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi. Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.

Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.

Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan, kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar
 

Thursday, June 14, 2012

Pengalaman Admit Di Hospital Sungai Buloh

abaikan muka orang sakit yang begitu selepet... >.<

i was admit to Hospital Sungai Buloh during my early pregnancy, about 4 weeks . sbb doctor suspect ectopic pregnancy which is very danger!

Check in about 4 days..check in katanya.. suppose i was admit in Class 2 but for bed aku kene duduk kelas 3 sbb kes emergency atau bahaya doktor letak dekat dgn blik doktor/MO dan nurse supaya pape jadi senang dan cepat deme nak response.

sape suke dok hospital? somemore my very first experience admit hospital..oh!!! tak sanggup lagi nak kene admit... tak moooooooooooooooooooooooooooooooooo.. this story dah penah citer kat entry lama , so malas nk ulang2..hehe

bab environment mmg okay, tak seteruk Hospital Klang. agak peaceful & comfort. nurse pun okay-very baik & friendly. specialist and doctor pun baik..overall mmg okay. makanan pun okay. security pun okay.

bill tak mahal pun tapi still lupe dah ..

kesian sgt dgn doktor kat sane, dorang tak ckup manpower but still layanan okay. tpi jgn la expect they will explain to you very detail dan berjela-jela sbb banyak lagi pesakit dorang nak tgk. now a day, hospital goverment dah banyak improve..

nak deliver kat sini tak payah booking2. sakit terus datang je but depends on bed availability.

i'm not plan to deliver here.. hehehehehehe

not yet decide even first decide nak deliver kat Selangor Specialist Hospital. tunggu la nak dekat baru fikir lagi.. but for monthly check up mmg buat kat Selangor Specialist Hospital.


Monday, June 11, 2012

My Lil Love :)

9 weeks old

5 weeks old

pix scan yang snap dari hp yang x seberapa..huhuhu

lagi seminggu cukup 3 bulan..alhamdulilah

Friday, June 8, 2012

Promo: Bride + 1 Bridesmaid Make up only RM300!

hai bride to be :)

tengah cari MUA for your big day???

special promotion from MUA: Suzana Fazlin ( Ayra Beauty Touch)

Bride + 1 Bridesmaid Make Up only RM300! ** but valid until 30 July 2012 (so made your booking before 30 July 2012 to enjoy the special rate!!)

its so cheap , right!

just give a call & make your booking now!

MUA Blog: http://ayrabeautytouch.blogspot.com/
Facebook: http://www.facebook.com/pages/Ayra-Beauty-Touch-MUA-Suzana-Fazlin/128977263836247

Antara artwork make up:

credit to faiz & lightcatcher: http://faizlightcatch.com/blog/


credit to faiz & lightcatcher: http://faizlightcatch.com/blog/
Contact Number : 017 - 2432397 ( Suzana Fazlin)

Melebar? bukan ke depan?

tadi pagi aku tengok badan sendiri kat cermin.. sedihhhhhhhhh..

sebab?

aku tengok badan aku makin melebar padahal baru nak masuk 3 bulan berandung..orang lain aku tgk perut je kedpan..badan tak melebor..adakah normal ni semua nih? takut dah deliver badan tak slim balik(walaupun tak bape nak slim pun sebelum preggy)

keadaan aku masih sama - loya-loya, pening dan simptom orang mengandung..

sekarang ni dinner aku adalah benjo kosong. sos pun tak nak.. sayur pun tak nak smpi adik tuh dah kenal..hehehehehe

until now belum ade selera sgt..

rasa lemah sesunnguh nak pergi berjalan amek angin.. mesti nak cepat2 balik..huhuhuhu