Alhamdulilah sudah selamat bernikah (9.7.11)

Daisypath Anniversary tickers

Majlis Pertunangan (10.10.10)

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 30, 2011

Terjebak~Rabak



tak pasal-pasal je kan..niat nk beli foundation sebtol je..huuuuuuuuuuu..

tolong!!!!!!!!

Friday, January 28, 2011

Proses Nikah Negeri Johor

Tadi aku call Pejabat Kadi Kulai nak tahu pasal hal nikah sume nih..aku conpius cam ne nak buat kalo IC alamat Skudai tapi nikah kat Kulai..so nih la jawapan staff Pejabat Kadi Kulai yang friendly dan sangat membantu:

1)Isi borang mcm biasa . Baru aku tahu kat Johor, bakal pengantin perempuan pun kena ade surat akaun bujang.huhuhu
2)Dapat kan surat pemastautin dari Penghulu kawasan.
3)Hantar borang-Kalau alamat Skudai tpi nak nikah kat Kulai & hantar borang kat Pejabat Kadi Kulai tetap Majlis Daerah Johor yang proses borang nikah. Dorang proses borang nikah ikut zon/daerah/wilayah.
4)Lepas proses borang baru bole bincang dengan juru nikah untuk tetapkan masa, tempat dan lain-lain.

untuk Negeri Johor,borang kene beli RM5 kat pejabat kadi. Seelok-eloknya 3 bulan sebelum tarikh nikah digalakkan hantar borang dan tidak boleh kurang dari 7 hari dari tarikh nikah. Maka aku bercadang nak hantar borang nikah dalam bulan 5. Gambar tidak diperlukan untuk hantar borang, gambar diperlukan untuk sijil kursus nikah sahaja tapi aku nak amek kursus kawen kat Bangsar. Jadi tak perlu nak bergambar.

No tel pejabat kadi Kulai: 07-6634576

Rabu depan aku nak pergi pejabat kadi Kulai untuk amek borang..nak tengok2 dlu & kumpul dokumen untuk submit borang.

Semoga berjaya kawan-kawan yang tengah isi borang nikah saat ini.. :)

Berjaya akhirnya!

nih citer pasal dewan untuk aku resepsi..semalam aku bagitau Juliah orang IOI Plam Villa tuh yang aku dah tukar tarikh.alih-alih dia cakap ade org dah book..harus la aku terlompat berkuntau segala tapi si Juliah nih ade cakap yang dia ade masalah dgn orang yang book.ade peluang di situ..aku pun ape lagi keluarkan segala point-point aku untuk dapatkan dewan tuh..firstly aku dah booking dari tahun lepas sebelum aku bertunang, maksudnya sebelum bulan 10 tahun lepas hokeh!!!!selain dewan aku booking projektor & apartment..ceh!dan-dan la aku ckp dgn dia yang bape banyak aku amek dgn dia..kalo dia tak amek aku, dia rugi..hahahaahha..~drama jap~lepas pung pang pung pang, aku ckp dgn dia..nanti pkol 4 aku call nak confirmation..

Tengahari si Juliah dah call..buat cuak aku je sbb mula-mula suh aku nanges..dalam hati dh berkecai..tapi rupanya dapat weh!!di ulangi..Dewan tuh aku dapat pakai..ngeeeeeeeeee!alhamdulilah..tejuk hati..semalam dah bayar 2nd paymnet untuk dewan tuh..lega!!

tak tahu la nih drama dari Palm Vila ke ape ke??..tak kisah la..!!yang penting dewan tuh haku punya untuk 9 Julai 2011

so far, alhamdulilah vendor-vendor pun semua available tarikh pindaan baru nih..:)

syukur..

aku pulak masih berpinar-pinar nak atur nikah & sanding kat dewan dalam satu hari..

insyallah , malam nih nak byar katering & pelamin..

aku dah cakap yang aku mampu hanya untuk jemputan seramai 200-250 pax je..katering kat JB mahal la woittt!!!!!RM14 untuk serve makananan je-nih pun rate utk 500-1000pax!no hiasan meja beradap!no free kek sume2! cume makanan kenduri, pinggan mangkuk & pelayan(xde uniform)!masih ade jugak yang tak faham-faham, nak jugak jemput beriya-iya..biarlah aku terangkan kat sini, aku buat ikut kemampuan & lepas kawen aku tak nak ade hutang..habis majlis habis hutang..tak mo hutang keliling pinggang, nti lepas kawen nak @#@$#@$% pun tak senang asyik fikir hutang.bukan setakat kenduri kawen je aku nak fikir,aku pun ade hutang lain :kereta, kad kredit, PTPTN.. tak kan aku nak berhabis- habisan hanya untuk bape jam.last2 aku yang merana!NO!NO!NO! aku buat majlis untuk orang-orang yang betul-betul bermakna dalam hidup aku..aku tak bole nk puaskan hati semua orang.sbb yang menanggung beban kewangan & baget tuh adalah aku & Hencik S..!harap faham la..kalau nk hebat bergaya tunggu la sesapa nanti kawen yang lebih berkemampuan..kemampuan aku tahap tu je!tolong respect decision aku..pape pun tepuk poket tanya baget..kalau rase nak lebih-lebih, kamu je la yang tolong tambahkan baget & expenses majlis aku nanti..;p..kalo ade sape-sape yang terasa hati , aku mintak maaf tapi ni lah majlis perkahwinan yang begitu bagetnya ketat dan rapat. benda baik lebih baik kita percepatkan, jangan dikekang dengan hal remeh temeh terutama bab duit - maka berkuranglah kes zina,bersekedudkan, buang anak & segala penyakit sosial..aku tak cakap aku nih baik ..TAK!!! tapi kalau ade jalan halal biarlah jalan tu senang dilalui tanpa banyak halangan kalo biar terang jalan tuh.nak dirikan masjid pun susah!!! kadang-kadang orang sekeliling yang bagi tekanan ntah hapa-hapa, mane lah tak jadi seks luar nikah & buang bayi..????????lepas tuh salahkan orang buang bayi sume2!padalah bile orang nk dirikan masjid orang lain yang menyibuk ntah hapa-hapa nak ikut selera sendiri!!!sori kalo statement aku nih begitu kasar bunyinya tapi ni la realiti & hakikat...kalau aku salah, tolong betulkan!

sape yang tak nak majlis grand bak orang kaya & hebat bergaya????aku pun nak!!!!!! tapi bak kata mak aku"ade sikit buat sikit, jangan majlisnya hebat bergaya balik rumah mcm padang golf(kosong, xde perabot)!"hohohohoho...

Thursday, January 27, 2011

Rapat & Ketat

Memandangkan tarikh tawen aku dah diawal dari September ke Julai, maka haruslah baget dirapatkan & diketatkan..antara yang diketatkan:

i- majlis 2 hari jadi 1 hari

ii-Tetamu dikurangkan dari 500 pax ke 250 pax(bahagian kritikal yang telah diluluskan oleh mama..huhuhu)..yang grand kat majlis bertandang: Jalan Klang Lama..tetamu dianggarkan 2000 pax..yang tak dapat pergi masa resepi kat JB bole dtg kat KL.. ^_^

iii- No Flower girl.. :(

iv - dan banyak lagi..hukhukhukhuk

ntah macam mane tetibe je tarikh tuh bole bertukar semalam..Hencik S jugak yang mencadangkan untuk awalkan tarikh tawen..

semoga semua berjalan lancar.

aku plan nk nikah kat dewan pas tuh terus sanding..pelamin mgkin nk buat cam nih:






gambar kredit : arma couture

aturcaranya aku tak pasti lagi..sekarang nih pun tengah pening mcm mane nk susun aturcara supaya sume berjlan lancar tanpa kelam kabut..

aku nk mintak pendapat korang, cam ne nk atur nikah & sanding dalam satu mase kat dewan?

nih plan aku untuk 9 Julai ~ supaya dapat ketatkan segala-gala :-

1100 - Ketibaan Tetamu
1200 - Nikah
1300 - Sanding
1630 - Majlis Bersurai

wat do u think, guys?

sah!

confirm sudah!

9 JULAI 2011 AKU NIKAH & SANDING (JB)

diskus semalam petang & tadi pagi dh confirm..sume vendor aku dh bgtau..

semoga semuanya berjlan lancar.amin

Wednesday, January 26, 2011

Mungkin bertukar

tarikh perkahwinan aku mungkin akan dipercepatkan dari 9 September ke 9 July..
majlis yang kecil tapi bermakna.amin

tarikh akan diconfirmkan minggu depan..huhuhuhuhu

Tempat Penginapan di Kawasan Majlis Perkahwinan

Aku tengah sebey tempat penginapan/hotel untuk tetamu yang akan datang mase wedding aku nanti..

yang betol-betol dekat & cume 5 minit drive:


a)Country Inn (N1°38.595' E103°37.148')
81 &82, Jalan Kenanga 29/7, Taman Indahpura, 81000 Kulai, Johor.
Tel : +607-6632250
Fax : +607-6632250
Room rates : RM38 – RM88
* Free Wireless Internet Services
* Amber Parking

Located along the Kulai Main Road.

b)RJ Hotel (N1°38.566' E103°37.144')
112 & 113, Jalan Kenanga 29/6, Taman Indahpura, 81000 Kulai, Johor.
Tel : +607-6636033
Fax : +607-6632033
Room rates : RM68 – RM138
* Free Wireless Internet Services



dua-dua baget hotel..no fancy2 hokeh!

info & gambar kredit kepada:http://j-travel.blogspot.com/2008/01/budget-hotel-at-kulai-johor.html

yang jenis sebis apartment kat summit apartment--->IOI Palm Villa Golf & Country Resort~~takde gmbar pulak!!!!
**yang nih jalan kaki pun sampai!dekat bebenor!
rate: RM250 per nite(Apartment 3 bedrooms)

kalo jauh sikit about 10 minit drive:
a)
http://www.hotelsayang.com/rooms.htm

**yang nih dekat gile dgn tol Kulai & siap ade karoke kat bangunan(shop lot actually) dia..

b)mercury hotel(known as Sofitel Hotel)
**rate :start from RM209...~~yang nih meleleh darah hidung nak bayo..huuuuuuuuuuuuuuuuu..aku pun tak amek hotel nih untuk aku & hubby lepas nikah hokeh!!!!

untuk Family In Law aku dh book Summit Apartment.untuk MUA nih..pening woiit!!gigil weh nk booking kan yang meno?????

nak kene tepuk poket dulu ,cam ne??????T__________________________________T

Lovely Place Wedding

http://www.lovelyplacewedding.com/


terjumpa website nih mase tengah bace harian metro online..another choice/alternatif tempat untuk beli barang-barang untuk DIY hantaran, manik, bunga dan lain-lain.harga?aku tak tahu..saje share dgn korang..sape dah pergi , share info erk..

lokasi kedai:
Lovely Place Wedding
No 23 & 1st 23 Jalan Prima 2,
Dataran Pandan Prima,
55100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-9282 1516
Open Daily 10:30am to 9:30pm
(Next to TESCO Ampang)

Tuesday, January 25, 2011

baju rozita che wan masa ayu raudhah kawen






cantik kan?suke part kain bertingkat tuhhhhhhhhh!!!

My wedding dress add pleat






sambil taip entry sambil senyum......ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee!!!!!!!

tadi aku call unaisah cakap pasal nak tambah pleat kat dada & lace kat belakang baju, tahu tak dia ckp ape?she love the idea of lace tuh!!!great cah!we have same taste!i loikkkeeee!!!she accept my idea & give very2 good & positive respond..sape yang tak suke kalo kerja dgn designer yang excited nak buat baju kita & sangat2 polite..????tell me..fuhh!!!bahagia ok petang nih..oh!!teruja sangat bile dapat sembang dgn unaisah..yeahhhhhhh!!tejuk hati hokeh!!

tq so much cah!!love u!!!!

Lace Wedding Gown



lovelyyyyyyyyy dress..kalo slim mmg lawa pakai cenggini..masalahnya tak slim..cam meno?huhuh

Beautiful Mid nite blue wedding gown




cantik kan???

sape cakap biru gelap tak lawa????

vasss gitew..heeeeeeeeeeeeeeeeeee

Pleat Wedding dress





pagi-pagi dah hapdet pasal wedding gown kan kat opis??hahahha..ntah mimpi ape, pagi-pagi haku update pasal pleat wedding dress.

tetibe dapat idea nk tambah pleat dalam wedding dress aku untuk resepsi JB..tapi belum cakap kat Unaisah lagi..masalahnya akan membantu nampak kurus kah?wahahahha

Saturday, January 22, 2011

Contoh pelamin & susun atur Dewan Resepsi - JB





terjumpa gambar nih mase main facebook..sebenarnya bridal butik nih tag my birdal butik kat jb..tgk2 gambar terjumpa gambar nih..gambar dari Astana Bridal

pelamin nih dorang pasang kat dewan yang aku nak guna untuk resepsi .. :)perasan tak pengantin & dias decorator nih pun guna warna purple biru..eh!macam janji2 je kan???????

got some idea from here.. :)

jom sebey Astana Bridal!!!

Contact Information
.Phone 178812007(Mobile)
177801200(Other)


--------------------------------------------------------------------------------

Address 3A, Jalan Padi Emas 6/2, Bandar Baru Uda
Johor Bahru, Malaysia 81200


--------------------------------------------------------------------------------

Website http://astanabridal.fotopages.com/


--------------------------------------------------------------------------------

Email astanabridal@yahoo.com


--------------------------------------------------------------------------------

Facebook facebook.com/astanabridal

tepuk poket tanya baget yerk...

saje nak berkuntau di Jakel





name je rumah aku tuh belakang jakel tapi perginya adalh sekali setahun..bole gitew?hahahha..sebenarnya malas sbb sales assitantnya begitu desperate sekali nak buat sales..huhuhu..aku dah cakap " hari nih i dtg tak nak beli nak tengok je" tetap nak racun orang suruh beli!motipnyalah kan aku nak beli..

hari tuh aku tunggu customer nak amek barang kat area jakel , singgah la kejap tengok kain cifon..kain yang aku cuba cam dalam gmbar nih rega RM550: 4 meter bead chifon, 4 meter lining & kononnya percuma 4 meter kain baju melayu..ohhohohooho..

aku tak cakap aku tak suke jakel.tapi aku rase mahal..pada aku lah!dan satu lagi aku serik nak beli kain sendiri..ntah hape2 aku pilih..baik biar je designer buat keje dia..dia lebih pakar..huhuh

saje je nak berkuntau kat Jakel , tengok2 ape ade..kot la bole sebey kain langsir untuk rumah baru nanti..hrmmm..ok la kot..aku pun tak bape reti sgt bab kain2 nih..

nanti sape2 g Jakel shah alam, calling2 erk..leh lepak same..hehhehe

Iklan keluarga bahagia~edisi merapu meraban..


si kecil kesayangan...

mom & daddy yang verangan..hahahahhaha


muka orang baju hijau kene paksa pose depan kamera..hehhehhe

iklan kah?verangan saje....kwang2!

Friday, January 21, 2011

Pre-wedding photoshot

semalam coti, sume orang buat mende berpekdah kan?okay, aku pun nk menyibuk semo!hahhaha...gmbar pre-wedding dh siap..yeahhhh!!!gambar je !siap transfer dlm laptop Lasposa hokeh..itu sahaja..hahahha..raw punya pic..editing lepas we olz pilih..

Dalam pakej yang aku amek, album pre-wedding 20 muka surat penuh..gigih taw we olz pilih gambar yang banyak-banyak dan cantik tuh , total sume gambar 133 tapi bole pilih 20 je..cam ne tuh?huhuhu..pening u olz!gambar cantik tapi boob & lurah nampak ,cancel terus!ye la dah aku pakai wedding gown jenis tube, sape suruh??tapi dh kat situ , itu je piilihan yang ade pun!hrmmmm...

pilih- pilih , tolak sana, amek sini, last-last cukup pun 20 gambar..dah setel sume..baru pilih jenis album, kulit album, texture album, frame bagai sume2 lah!

yang aku rase ralat & palat sangat ialah CD untuk softcopy untuk semua gambar kene beli RM399 untuk sekeping CD tuh!walaweh!cekik darah!!!tak pe la..nti aku dapat 1 CD gambar 20 keping tuh jadi lah..nasib baik untuk event day dapat sume..huhuhhu

T___________________T

bulan 7 nanti baru dapat album..biarlah lambat, nti awal sangat dah basi.. ;p

Pelamin berakuarium







Pelamin teman Hutan Fantasi.. ade berani?hhehehe

cantik kan? aku suke..heeeeeeeee

nih pelamin butik pengantin kat Johor yang aku amek untuk Big Day nanti..gmbar nih aku amek kat Facebook Bridal Kayangan.. :)

dorang masuk pameran pengantin kat Angsana dari 20 Januari - 31 Januari 2011..

hebat kan? imiginasi di luar fikiran kita..pelamin ade akuarium u olz!!mmg lain dari lain..

PR mmg pun terbaik la aku cakap..aku berani bagi statement sbb aku deal dgn dorang untuk wedding aku.. :)very humble & soft spoken..other than Bridal Kayangan, yang terbaekk kat JB ialah Jendela Impian Mempelai kat Larkin..nih dua pada aku mmg tip top servis & PR..

cube sebey dorang kalo tengah carik-carik butik pengantin.. :) aku tak dapat pape komisen pun promote dorang ..just sharing info.. :)

sharing is caring.. :)

Tuesday, January 18, 2011

Door gift Reception

Dah setel!!!hehehhehe..yeahhhhhhhhhhhh!!!

dah malas nk semak kepala..aku pilih fancy cookies utk doorgift reception.. :)

aku order dgn orang bukit indah..

kuantiti aku order : 500 pcs

dapat la diskaun sket..hehehhehe

untuk orang-orang johor yang nak buat fancy cookies bole order dgn : http://muffindummi.blogspot.com/p/fancy-cookies.html

PR dia pun ok ... :)

harga??amat lah berpatutan & berbaloi2!!

happy prep b2b!!!

Agenda di bulan February

eh!aku dh ckap ke erk aku nak balik kg bulan depan raya cina?~perlu ke bergebang ko balik JB?cam jauh sgt je!~hahahahaha

aku balik JB seminggu dengan pelbagai tujuan..tetap nk bermotip kan, kau? for sure balik JB nak jumpa my family nk bergentel2 untuk melepaskan rindu..di samping itu aku tengah susun rencana untuk setelkan sikit-sikit hal tawen..nk jumpa beberapa vendor untuk update , antaranya:

a)Katerer : pelbagai isu
b)Butik Pengantin: Update itu ini
c)Videographer: pun pelbagai isu jugak
d)Dewan: pelbagai isu jugak dan paling utama aku cuba nak dapatkan buggy free untuk pengantin..hahaha

sambil-sambil balik kampung nih, aku carik peluang jugak untuk kembangkan bakat aku iaitu dlam menconteng muka orang..ngeeeeeeee!

alhamdulilah..bersyukur kepada hadrat Ilahi, dengan limpah kurnian-Nya, Dia memberi rezeki pada aku. 5 Februari 2011 aku buat kelas make up personal kat JB. tengok kat ---> sini..sambutan mmg menggalakkan.dari 6 seats, 4 dah confirm seat.. :)...alhamdulilah..syukur..sesungguhnya Allah Maha Mengetahui .. aku berusaha keras & tanpa jemu, akhirnya membuahkan hasil.. :)..aku ketepikan perasaan malu demi mencari rezeki yang halal..~tetibe touching sendiri~

dalam pada tuh aku carik jugak peluang untuk make up job kat JB mase aku balik nanti..hehhehe..:)..tengah usha2 line jugak nih, mane tahu kot ade butik pengantin nak pakai part time make up artis time aku balik JB..bole la selit2...kot ade orang JB nak mekap untuk majlis tunang ke nikah ke sanding ke, kan? bole la grab peluang tuh..hehehehhe..insyallah..amin amin amin..

hopefully semuanya berjalan dengan lancar..

aku tak sabar nk jumpa bodak comel nih ---> si ella bodak comel!!hehhe..tunggu erk ..jgn lupa list ko!hehehe

Monday, January 17, 2011

Sponsor Make up

alhamdulilah.. entry pasal happy dapat sponsor dapat gud respon.bace----> sini

untuk yang serius nak di sponsor make up bole email zana: zz_lionlove@yahoo.com.my. call:017-2432397..kalau nk jumpa terus pun lagi bagus. bole kenal2 & diskus.. :)

nk tgk hasil keje bole tgk kat sini ----> http://zanadetouch.blogspot.com/

antara hasil make up zana:




setiap bulan hanya 1 pengantin/ 1 bridesmaid akan disponsor.. kalau betol-betol serius nak, cepat confirm kan ya, zana nk block date untuk kamu..p/s:ramai orang tanya, nih entry olok2 ke betul2 ke siyes ke tak?nih entry serius ..bukan main-main..isk isk.. kalau nk tahu scedule & kekosongan tengok kat side bar sebelah kanan.zana ade buat jadual.. mane tahu rezeki masing-masing, kan?

pada yang zana tak dapat sponsor, mintak maaf banyak2.. Buat setakat nih zana mampu sponsor area KL, Selangor & JB(my hometown, tuh pun kalau kebetulan balik)hehehehehe..

tima kaceh sume.. :)

Friday, January 14, 2011

Hotel Kucing

aku tak bape minat pun dengan kucing..kuikuikui..

just nak inform kepada peminat kucing. ade hotel kucing kalo u olz nk pergi outstation ke ape ke..

jom tgk kat sini ---> http://mccatblog.blogspot.com/p/home-based-cat-boarding-service.html

Location: Bandar Baru Bangi (near to Putrajaya, Kajang and Serdang)
Contact No: 013-6020938
Email: Meowpinkly@yahoo.com

citer sket pasal tuan punya hotel kucing nih:

dia degree in zoology..& sekarang tengah sambung master kat UPm..she is cat lover & cat maniac..hahahahaha..study pun amek animal..gitew kan?minat bebenor!

so rasenya tak salah orang la kot korang hantar kucing untuk di jaga sementara, tak gitew kan?heheh

pape korang kontak terus tuan punya blog..

walaupun aku nih tak minat kucing tapi rase excited bile ade hotel untuk kucing..hikhihikhikhik

Happy sebab dapat sponsor....

aku tumpang happy sekaki dengan bride to be yang sekapal dengan aku~tawen tahun 2011 tak kira bulan bape..heheheh.. :)

so disebabkan aku happy, aku plan nak sponsor make up untuk pengantin/bridesmaidnya yang tawen 2011 .. :)..rase happy dapat tolong kawan-kawan untuk ringankan beban mereka..( nih bukan entry riak / nk menunjuk-nunjuk)..sekadar berkongsi erk!kang ade mulut gatal ~aku zass terus!!hahahaha..for sure sebagai kawan, kita mesti nk tolong kawan-kawan kita nk tawen.. tak dapat banyak, sikit pun jadi lah kan..lain orang, lain pertolongan nya..ade yang expert buat hantaran, ade expert buat meja pengantin..ikut masing-masing lah kan..ade sponsor hantaran.. aku ikhlas sbb aku faham kepayahan & keperitan nk berkenduri kendara nih..kalau dapat sponsor / bantuan rase lega sikit kan? terus senyum simpul smpi tinga..hehehehhe

secara tiba-tiba dapat idea nih , terus aku sms kawan-kawan yang kawen tahun nih.. alhamdullilah respon baik..aku plan nak sponsor sebulan 1pengantin/1 bridesmaid , kalo lebih pun takpe..sampai hujung tahun nih.. punyalah happy kan!hhehehehehe

so far , yang dah confirm:

Fatimah (Mobile Spa)
11 June: Mekap Fatimah Nikah
12 June: Mekap Pengapit Fatimah untuk majlis sanding


yang-yang lain tengah tunggu respon.. :)

aku rase bahagia dapat jadi sebahagian dari majlis orang lain.. ^______________________^ & aku harap aku dapat tolong sedaya bole & sedikit sebanyak dapat meringankan beban orang lain..amin amin amin..:)

happy prep kawan-kawan..

Thursday, January 13, 2011

Review my pre-wedding Photographer

dalam gambar aku tengok Wilson cam besar & serius orangya.rupanya in person, kecik jew & tersangatlah kelakar.. i love my pre-wedding photographer!!!dan dia jugaklah photographer untuk majlis bertandang..tak salah pilihan aku!

Wilson si photographer aka styler..why?sebab baju suit & sume baju untuk Hencik S , dia yang pilihkan dan pakai kan..mmg kena dengan sume outfit yang aku pakai..cayalah!!

sebelum amek gambar, standard procedure photographer akan interbiu dan akan remark dalam borang interbiu untuk tema photo session. tema dia: cute/romance/elegant..aku pnya?sume dia tanda..hahaha..soklan cepu cemas!"bole angkat gambar kissing?"..zassssssssssssssssssssss..habis interbiu sume2 masuk studio..

bermulalah sesi photo session..

mula-mula lagi aku dh start gelak2..tak bole tahan woitt!!kelakar hokeh!asik buat lawak je si Wilson!jap , nak bgtau ..dorang bagi aku fresh flower hand bouquet...tapi tak bole bawak balik, pegang je!hahahaha

tak stress langsung mase amek gambar..seronot lagi edo!! setiap pose , mesti Wilson kasi instruction . takde satu pun yang takde instruction..aku igt kalau suh aku & Hencik S posing sendiri gamaknya sama cam amek gmbar kayu berdiri..kwang2...yang aku kelakar, dia bgi instruction dlm BM mmg lawak..comel je..dia agak penyabar sbb we olz tak bape nk faham instruction dia..tapi cool & rilex je..panas pun aku tak rase panas..hahahahahha

dorang byk gile backdrop & background..studio dia tersorok..tak sangka gambar-gambar dorang yang cantik2 tuh rupanya amek dalam studio je..walawehhhhhhhh!!!

Wilsong Ching dari Lasposa Bridal Gallery is highly recomended & two thumbs up!!!!yeahhhhhhhhhhhhh!!!

alhamdulilah ..selesai sudah pre-wedding photoshoot..

bulan depan plan nak pergi kursus tawen kat Zura Akademik, Bangsar..insyallah..amin

Review My pre-Wedding Make up Artist

Entry basi!hehehehhe..actually entry nih pasal MUA mase Pre-Wedding, nama dia Eve..

sampai kat Lasposa, Eve yang sambut..cun hokeh!lembut je..benda first dia tanya: nk pergi toilet?bole gitew..haruslah aku melangsaikan segala urusan dlu..hahahah

Honestly, barang make up dia tak de guna MAC, Bobby Brown bagai hokeh..dia guna lebih kurang cam produk Naturactor sebagai foundation.. ~kepohkan aku tengok barang-barang2 make up orang..hahahahha~dah aku pun MUA haruslah kepoci ..ngeeeeeeee!!eyeshadow pun aku tengok tak de brand..bole gitew???uhuhu..tapi tak pe , aku tak kisah..janji nampak lawa sudeh!

PR si Eve nih pada aku agak superb..lemah lembut & friendly.. kelakar pun kelakar..mase aku duduk nk start mekap dia tanya aku ape yang aku suke?nk stail cam ne?ade idea tak?tang dia tanya idea tuh yang aku suka..hahahahahhaha..haruslah aku keluarkan segala idea ~ tang aksesori dan stail rambut je..tang make up sume aku serah bulat-bulat kat dia..dia MUA..lagi dia tahu..aku rase mane-mane MUA pun tak suka kalau kita arah-arah dia itu ini..sebab dia lagi tahu ape nak dibuatkan untuk cantik kan kita..kalo pandai, tak yah la hire MUA..kan?hahaha..untuk photoshot nih , make up dah masuk dalam pakej , so amek je la..^__________^..walaupun make up dh kira dalam pakej tapi Eve sangat open dalam hal-hal pemilihan stail rambut & aksesori..Eve buat 2x Makeup & 3 stail rambut ikut baju yang aku pakai.. mase buat rambut rambut dia team dengan Candy~Lasposa MUA..banyak gile rambut palsu dia..aku pun sibuk la berfikir-fikir nak pakai rambut palsu mane..hehehe.Candy mekapkan Hencik S & gel kan rambut Hencik.Candy cakap rambut Hencik S pendek sangat tak bole nak stail sgt..

Untuk Eve punya make up skill, pada aku bagus jugak, mase aku interbiu dia cakap dia belajar dengan cikgu Taiwan.. yang aku perasan kelainan make up dgn chinese MUA: mereka cadangkan kita pakai ampoule: untuk kulit licin & memperbaiki ketidak sempurnaan kulit. dan sebelum start make up dia pakai hand sanitizer & aku pun dia suruh pakai jugak..mase dia make up aku sibuk la aku nk bukak mata sebab nk tengok ape dia buat..hahahahaha..pendek kata mmg lain la skill & teknik dia..yup!setiap MUA adalah unik sebab masing-masing ade skill & teknik yang berbeza.. :).. Eve buat rambut mmg verstail & cepat tapi kemas.. dia cakap aku kuat senyum..wink wink

Setel make up, Eve pakaikan aku baju..tolong pakai kan silicon bra!opppssss!!18sx..hehehe.sumpah tak penah tahu cam ne nk pakai silikon bra..kalo tengok secara realiti cam nk terkeluar !!$@$#@$%..motipnya kan?hohohohohohoho..cuci mata photographer & Hencik S..menciiiiiiiiiii!!!

overall, aku suka cara & hasil keje Eve walau dia tak pakai MAC segala macam..tetap hasil dia lawa & muka aku pun dah cam cina sebab yang mekap pun cina haruslah chinese stail..papepun mak tetap maintain vouge, nok!hahahahahahaha

we olz ken extra charge untuk:

3 bottle free 1 ampoule (harituh pakai 2 je..aku 1 btol, Hencik S 1 botol)ade baki 2 btol ~sape nak?hehehe

1 pair eyelashes

hair spray for 2 persons


**extra charge nih sume chinese bridal boutique same & standard je mane-mane pun..aku dah check!hikhikhikhik

bersambung ..(entry photographer)

Tuesday, January 11, 2011

Real Pre-Wedding


Wilson tengah pakaikan Hencik S baju.. ;p

evening gown warna paberet aku..tengok kat belakang tuh bape banyak rambut palsu..huhuhu

Candy & Eve tengah menggodek muka & rambut aku untuk 2nd Make up & Hairstyle

Wedding gown..gile gebu aku time nih!hahahahahha

Eve tengah siapkan aku untuk 1st outfit- Wedding gown..time nih tak silap tengah buat rambut..


Nih sume dari kamera handphone je..huhuhu..minggu depan baru dpat pilih gambar..excited u olz!!!

Make up Artist: Eve
Photographer: Wilson Ching
Location: Lasposa Bridal Gallery Studio & Garden

nantikan review MUA & photographer kami yang sangat super best! .. :)

Review Amante Nail Spa & Body Care

Sehari sebelum pergi Pre-wedding photoshot:

Petang Jumaat tuh aku sempat make upkan sorang customer yang baik & friendly, dia nk pergi Dinner Reception, lepas make up terus aku pergi Spa Kat Amante Nail Spa & Body Care outlet USJ Taipan, bole aku lupa jalan dalam?hahah..motip kan?drive ikut instinct je!alhamdulilah.sampai jugak..




pandangan dari luar..

Mula-mula aku buat underarm wax..tak sakit sangat..besttttttttttttt!!tapi lepas wax kene make sure therapist tuh buat bersih..nasib baik aku check gile2 tempat wax tuh, 2-3x jugak la therapist tu dok bersih2 kan..kalo tak la, rugi la!!byar nk mahal..buat keje cam haram..biar amek mase tgk balik tempat wax yang kita buat..dah puas hati baru bangun dari tempat katil wax tuh hokeh!

lepas wax, sambung buat spa pedicure & menicure..time nih dorang nk menggelupur nk balik so, so sorang buat kaki sorang buat tangan..nk jimat mase katanya..hrmmm..baiklah..spa kaki memang terbaik la..tip top!!complete dia buat dari cuci kaki, scrub kaki, buang tumit menggelupas, sume2 la..spa untuk tangan..hrmmm..so-so je la pada aku..sbb therapist spa aku tuh bole pula dh salah bagi treatment , nk extra cas..cantik muka kau!!!!!bole bla!!!product tuh nail color dia guna OPI, utk scrub & mask tangan guna NailTech..







aku kan gile~warna jari tangan & kaki tak same..hahahhaha..tangan kaler pink, kaki kaler purple..karawale sgt kan!hahahahahaha

conclusionnya pada aku Amante nih same je cam Spa-Spa lain..tempat pun tak de la gah sgt!cume wax tuh dia gna lilin madu yang lain dari yang lain..& spa kaki dia sangat best!PR dia not bad..huhuhuhu...

kalo aku nk repeat pun , wax treatment je...

Monday, January 10, 2011

Pre-Wed Photoshot

banyak aku nk citer pasal pre-wedding. alhamdulilah semua berjalan dengan lancar..amin.. tapi laptop kat rumah~gambar2 aku transfer sume dlm lappy , pagi nih aku bersiaran dari opis..tunggu ye kengkawan!

kita tepek sikit la erk..



muka Hencik S yang happy dapat pakai suit!~heheheh..suit nih photographer yang pilihkan..hebat kan?hikhikhikhikhik..bagus citarasa dia..rase cam nak pakai baju nih utk sanding kat rumah aku, bole?

first gown aku pakai adalah white wedding gown..sexy u!malu i taw!hhehehehe


nih adalah evening gown aku pilih sendiri utk second outfit.third outfit tak sempat snap..ohohoho