Alhamdulilah sudah selamat bernikah (9.7.11)

Daisypath Anniversary tickers

Majlis Pertunangan (10.10.10)

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 13, 2013

persediaan berpantang

antara persediaan berpantang aku:
barang-barang ni aku beli sebelum besalin lagi..

1. Set bersalin Amway : pemberian adik aku, ain. tima kaceh dik
penggunaan : ikut radar kerajinan aku..
so far yang dah pakai: pilis .. ok lah!

2. bengkung:
aku beli dua.
satu yang:
aku beli kat sini : 
**mcm tahu2 je kene czer kan** -  purposely aku beli takut kene czer sekali btol2 kene czer. at least prepared kan!
delivery dia mmg efisien gitew!
dah pakai 3 kali. mmg senang pakai!

satu lagi bengkung roda / ikat biasa
aku beli kat 
mamadamia.com : http://mamadamia.com/shop/

3. Tungku

Tungku Herba

KEGUNAAN:

* Memanaskan perut untuk mempercepatkan pengecutan rahim & melancarkan pengeluaran darah kotor.
* Memanaskan badan untuk melonggarkan otot tegang, melancar perjalanan darah dan menyihatkan badan.
* Membuang angin & menghangatkan badan ibu selepas bersalin. 

KANDUNGAN: Bahan herba terpilih seperti halia bara, limau purut, serai wangi dan lain-lain. 

CARA PENGGUNAAN:

1- Ambil periuk kukus atau periuk nasi elektrik yang berkukus dan masukkan air setengah periuk.
2- Letakkan 1 bungkus Tungku Herba di atas pengukus tersebut. Biarkan antara 5 - 15 minit
3- Selepas mengeluarkan Tungku Herba pertama yang telah panas, masukkan Tungku Herba ke 2 untuk dipanaskan. 
4- Tungku Herba pertama yang sedang panas tadi dilap dengan tuala bagi mengurangkan basah wap, kemudian dituam secara cepat di perut. 
5- Setelah kadar panas agak selesa barulah ditungku dengan tempoh masa yang lebih lama disesuatu bahagian badan bagi memastikan khasiat herba terserap ke dalam badan. 
6- Apabila telah sejuk, masukkan semula ke dalam periuk kukus dan ambil Tungku Herba ke 2 yang telah panas untuk digunakan. 
7- Ulang cara bertungku yang sama. 

* jemur sehingga betul-betul kering sebelum disimpan dalam peti sejuk agar tahan lebih lama.
harga : RM75.00

penggunaan: belum guna lagi.hehehehehhe




No comments:

Post a Comment